BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR CIMB CLICKS?
Pada kemajuan dalam teknologi zaman sekarang telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan, termasuk dalam pelbagai perkhidmatan yang kami gunakan setakat ini. Dengan sokongan internet, perkhidmatan perbankan adalah salah satu yang telah mengalami banyak perubahan dan kemajuan.CIMB Bank telah perkenalkan CIMB Cliks untuk kemudahan pengguna. Bagaimana cara daftar CIMB Clicks? Disini kami kongsikan cara daftar CIMB CLICKS
APA ITU CIMB CLICKS
CIMB Clicks merupakan platform moden untuk menjalankan transaksi kewangan anda secara atas talian untuk memudahkan urusan pelanggannya dengan menjalankan transaksi wang keluar masuk, pembayaran hanya secara online.
CIMB Clicks boleh diakses dengan menggunakan laptop, telefon bimbit tetapi harus mempunyai capaian Internet yang baik. Perkhidmatan ini boleh digunakan bagi pemegang akaun bank CIMB sahaja.
CARA DAFTAR CIMB CLICKS
Terlebih dahulu, sebelum anda daftar CIMB Clicks, anda perlu daftarkan nombor telefon anda di mana-mana mesin ATM CIMB. Berikut adalah caranya:
- Pergi ke cawangan CIMB Bank yang berhampiran dengan anda
- Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM
- Masukkan password (nombor 6 digit) kad ATM anda
- Pilih “Others” @ lain-lain
- Pilih “CIMB clicks”
- Kemudian pilih “TAC Registration”
- Daftarkan nombor telefon anda
- Klik “Proceed”
- Cetak resit untik simpanan anda
Setelah anda selesai proses pendaftaran nombor telefon anda seperti diatas, anda sudah boleh daftar dngan CIMB Clicks. Berkut adalah caranya:
- Layari laman web CIMB Clicks: https://www.cimbclicks.com.my.
- Pilih REGISTER for CIMB Clicks.
- Klik pada CIMB ATM/DEBIT & CREDIT CARD
- Masukkan nombor KAD ATM dan PIN ATM 6 digit,
- Masukkan CATCHA yang tertera
- Tick pada TERMA & SYARAT, klik Next
- Masukkan KOD PENGAKTIFAN (OTP) yang telah dihantar ke handphone Anda.
- Masukkan USER ID anda ingin
- Cipta KATA LALUAN anda inginkan.
- Masukkan BUTIRAN yang diperlukan seperti nama Ibu, email
- Ciptakan PERKATAAN KESELAMATAN anda
- Bahagian Enter your introducer’s details (optional), isikan jika berkaitan
- Klik I AGREE & SUBMIT
- Selesai
CARA LOGIN CIMB CLICKS
Setelah anda selesai proses pendaftaran di atas, anda sudah boleh login akaun CIMB Clicks anda. Berikut adalah cara LOGIN:
- Layari laman web CIMB Clicks: https://www.cimbclicks.com.my.
- Masukkan USER ID anda, klik Login
- Tick pada KATA KESELAMATAN anda
- Masukkan KATA LALUAN anda, Klik Login
- Anda telah berjaya login akaun CIMB Clicks anda
CARA DAFTAR CIMB CLICKS GUNA APLIKASI
Anda ingin daftar menggunakan aplikasi,sila ikuti langkah berikut dan rujuk video ini:
- Sila muat turun aplikasi CIMB CLICKS
- Pilih REGISTER USER
- Masukkan nombor kad debit/kredit
- Masukan nombor PIN ATM
- Masukan teks yang tertera
- Klik NEXT
- Anda akan menerima KOD PENGAKTIFAN & sila masuk kod tersebut
- Klik TERUSKAN
- Sila isi BUTIRAN MAKLUMAT yang diperlukan
- Klik TERUSKAN & anda berjaya daftar CIMB CLICKS guna aplikasi
SOALAN LAZIM
Mengapa pengguna harus menggunakan aplikasi CIMB Clicks?
Dengan Aplikasi CIMB Clicks baharu, berikut adalah beberapa ciri utama yang direka untuk pengalaman perbankan mudah alih baru anda:
- Sentiasa di Laman Utama untuk anda akses keperluan perbankan dengan mudah.
- Pintasan QR Pay, DuitNow dan Deals.
- Quick Payments untuk membuat transaksi [tidak melebihi had RM250 sehari] dengan hanya cap jari/Face ID anda
- CIMB Clicks, CIMB Pay & Deals semuanya dalam 1 Aplikasi
Di manakah boleh saya memuat turun aplikasi mudah alih CIMB Clicks?
Anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih CIMB Clicks dari:
- Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/cimb-clicks-malaysia/id328803038
- Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cimbmalaysia&hl=en&gl=US
Walau bagaimanapun, aplikasi ini akan dikeluarkan secara berperingkat, jadi aplikasi anda akan sentiasa dikemas kini atau anda akan melihat versi terkini di app store pada waktu berlainan. Nantikan lebih lanjut.
Bagaimana untuk membayar bil, membuat pembayaran pinjaman & kad dan Tambah Nilai?
Dari Laman Utama yang baharu, pilih ‘Pay Bills, Top Up & others’ & pilih transaksi yang ingin anda lakukan.
Macam mana nak tukar nombor telefon CIMB?
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar CIMB CLICKS anda boleh layari web rasmi CIMB Bank: https://www.cimb.com.my/bm/personal/digital-services/cimb-clicks.html