CARA DAFTAR DROPEE SELLER(REGISTER LOGIN dropee.com)
Sekiranya anda peniaga dan inginkan operasi peniagaan supaya lebih cekap, anda boleh daftar di platform Dropee. Bagaimana cara daftar Dropee Seller? Disini kami kongsikan cara daftar dropee seller, semoga membantu.
APA ITU DROPEE
Dropee memberi kuasa kepada perniagaan kecil dan besar untuk beroperasi dengan lebih cekap. Kami menghubungkan pembeli dengan penjual borong dengan cara yang lebih cepat, lebih telus, dan memberi mereka kuasa untuk melayani pelanggan mereka dengan lebih baik.
CARA DAFTAR DROPEE SELLER
Sekiranya anda ingin daftar dengan Dropee, berikut adalah cara daftar:
- Layari pautan daftar Dropee: https://www.dropee.com/register-as-supplier?plan=free
- Isikan maklumat pada ruangan borang permohonan
- Nama – masukkan nama anda
- E-mel – Masukkan Emel anda yang aktif
- Nombor telefon – masukkan nombor telefon anda
- Kata Laluan – ciptakan kata laluan anda
- Ulang kata laluan – sahkan kembali kata lalaun anda
- Nama Perniagaan – masukkan nama perniagaan anda
- Nombor Pendaftaran Perniagaan – masukkan Nombor Pendaftaran Perniagaan Anda (SSM)
- Industri – pilih bidang industri perniagaan anda
- Semak semua maklumat yang anda isi, jika betul klik pada Sing Me Up
- Pendaftaran Sing Me Up
- Pendaftaran anda selesai
CARA LOGIN DROPEE
Setelah selesai pendaftaran seperti di atas, anda boleh Login akaun Dropee anda. Berikut merupakan cara Login:
- Layari pautan Dropee: https://www.dropee.com/go-ecommerce
- Klik pada Login
- Masukkan Email anda, tekan Next
- Masukkan Password anda, tekan login
- Paparan halaman utama akan terpapar, anda telah berjaya Login akaun Dropee anda
SOALAN LAZIM
Bagaimana jika terlupa kata laluan saya Dropee?
Di halaman Log Masuk Dropee klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan Saya. Masukkan email anda dan klik ‘Sent Password Reset link’. Pautan penetapan semula kata laluan akan dihantar ke e-mel anda.
Apakah kelebihan dengan melanggan Dropee Direct?
Perniagaan anda akan mendapat akses ke ciri pengurusan rantaian bekalan yang berharga seperti:
- Pengurusan pesanan tanpa kertas berpusat
- Buat perubahan masa nyata pada katalog penjualan & tetapkan harga produk tersuai bagi setiap pelanggan
- Keterlihatan keseluruhan rantaian bekalan, termasuk amaran stok masa nyata
- Papan pemuka prestasi perniagaan, termasuk data dan analisis yang bermakna
Berapa banyak produk yang boleh saya senaraikan di Dropee?
Anda boleh menyenaraikan seberapa banyak produk yang anda mahukan melalui Papan Pemuka Pembekal anda. Untuk memastikan bahawa katalog penjualan anda menarik bagi peruncit, kami mengesyorkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 produk di etalase Dropee anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih dari 100 produk, anda boleh meminta helaian muat naik produk pukal Dropee melalui saluran sokongan WhatsApp Penjual kami. Mengisi helaian muat naik produk pukal ini akan membolehkan anda menyenaraikan semua produk anda di etalase Dropee anda sekali gus.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan cara daftar dropee seller, anda boleh hubungi:
- Website Rasmi Dropee: https://www.dropee.com/go-ecommerce
- e-mel : [email protected]
- Hubungi pasukan pengalaman pelanggan melalui perkhidmatan Live Chat
Nak berniaga online ?
> CARA LANGGAN EASYSTORE
> CARA DAFTAR EZASSIST:REGISTER PROGRAM SMART SELLER)
> CARA DAFTAR JOCOM(REGISTER LOGIN & PEMBELIAN di jocom.my)