CARA DAFTAR EZASSIST (REGISTER PROGRAM SMART SELLER)
Bagi peniaga kecil sederhana ingin meningkatkan perniagaan meraka, haruslah menyertai Program Smart Seller untuk membantu dan membimbing usahawan Mikro dan IKS dalam meningkatkan prestasi jualan atas talian dan mendigitalisasikan perniagaan mereka menggunakan platform EZAssist.Bagaimana cara nak daftar EZAssist? Di sini kami kongsikan cara daftar EZAssist, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM SMART SELLER
Program Smart Seller adalah suatu program kelolaan EZAssist untuk membantu dan membimbing usahawan PKS dalam meningkatkan prestasi dan adaptasi digitali perniagaan mereka. Penggunaan platform e-dagang serba lengkap EZAssist dapat membantu PKS menarik lebih ramai pelanggan atas talian menerusi platform pelbagai saluran seperti Facebook, Whatsapp dan kedai web.
Bermula dengan pengisian katalog produk, penggunaan servis tersedia seperti shopping cart, payment gateaway, melayan pertanyaan pelanggan melalui chatbot, penghantaran serta penyediaan bahan-bahan promosi dan iklan, semuanya disediakan dalam satu platform.
APA ITU EZASSIST
EZAssist adalah satu paltform dimana para usahawan dapat mengisi katalog produk, menggunakan shopping cart dan payment gateaway yang tersedia, menguruskan pertanyaan dan khidmat pelanggan melalui chatbot, memilih servis penghantaran, menggunakan bahan promosi seperti e-poster, mesej WA, iklan dan banyak lagi hanya dalam satu platform.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR EZASSIST
Semua pemilik perniagaan di Malaysia yang:
- Mempunyai produk yang bagus, berkualiti dan disokong oleh pengguna tetap/ setia.
- Tidak mempunyai sistem dalam talian sendiri seperti laman web atau e-dagang.
- Mempunyai pendapatan jualan atas talian yang kurang daripada RM15,000 sebulan
- Tidak mempunyai proses pembelian yang kompleks.
KELEBIHAN PROGRAM SMART SELLER(EZASSIST)
Berikut adalah kelebihan Program Smart Seller”
- Tiada yuran bulanan langganan selama setahun dan PKS akan dicaj kadar komisen pada 15% hanya apabila mereka telah berjaya menjual produk.
- Daripada caj komisyen yang dikenakan, kami pulangkan 7% dalam bentuk subsidi seperti diskaundan penghantaran PERCUMA. Para pegawai Kidmat Sokongan terlatih kami juga sentiasa bersama dalam membimbing para usahawan di setiap langkah sehinggalah mereka dapat menguruskan perniagaan atas talian mereka melalui sistem kami sendiri.
- PKS yang berdaftar mempunyai akses PERCUMA ke latihan ciri-ciri kegunaan platform.
CARA DAFTAR EZASSIST
Berikut adalah cara daftar EZAssit:
- Layari pautan berikut: https://signup.ezassist.me/microsite/#regForm
- Borang Daftar webinar akan terpaparkan
- Masukkan Nama Penuh anda
- Masukkan emel anda (pastikan emel yang aktif)
- Masukkan Nombor Telefon anda
- Pilih Tarikh anda ingin menyertai Webinar
- Pilih masa yang anda inginkan
- Tekan Submit
- Pendaftaran anda selesai
- Anda akan terima email berkaitan pemakluman pendaftaran anda dan link untuk menyertai webinar pada tarikh yang anda pilih tadi
SOALAN LAZIM
Adakah saya perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa mendaftar?
Tiada bayaran pendahuluan dikenakan untuk peserta program.
Adakah platform EZAssist menyediakan sebarang bentuk subsidi dan insentif kepada usahawan?
Pihak EZAssist menyalurkan semula 7% dari caj komisyen yang dikenekan sebagai subsidi dan insentif kepada semua usahawan kami. Program akan diumumkan setiap bulan supaya para usahawan boleh merancang untuk memasukkan insentif ini dalam strategi dan aktiviti jualan mereka.
Bagi subsidi “matching grant” yang disediakan oleh pihak EZAssist dan kerajaan, setiap usahawan baru dan yang sudah berdaftar dengan EZAssist layak menerima sudsidi y mengikut had yang ditetapkan untuk kategori masing-masing. Subsidi di salurkan dalam bentuk diskaun, penghantaran PERCUMA, baucar membeli-belah dan pengecualian yuran transaksi sementara subsidi masih ada.
Adakah terdapat sebarang penanda aras atau KPI untuk mendapatkan subsidi “matching grant” yang ditetapkan dalam Program Smart Seller?
Bagi kedai yang baru berdaftar dengan jualan minima RM4,100 sebulan layak mendapat pengecualian yuran transaksi / komisyen sebanyak RM800 sebulan dan ini tidak termasuk penebusan baucar membeli-belah, diskaun produk dan baucar penghantaran percuma. Jualan minima ini harus dikekalkan untuk 3 bulan pertama supaya usahawan boleh menikmati ganjaran subsidi yang diberikan.
Bagi kedai sedia ada, subsidi ini diberikan dalm bentuk diskaunproduk, penghantaran PERCUMA & baucar membeli-belah dan dihadkan pada nilai tertentu untuk setiap peniaga.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut cara daftar EZASSIST, anda boleh layari web Rasmi EZAssit di pautan https://signup.ezassist.me/microsite atau boleh menghantar e-mel kepada [email protected]
Nak berniaga online ?
> CARA LANGGAN EASYSTORE