CARA DAFTAR GOJEK(Register Sebagai Rider/Driver Di Malaysia)
Sekiranya anda berminat untuk mencari tugas tetap atau sampingan sebagai Rider/Driver, anda boleh daftar dengan Gojek. Di Malaysia, Gojek telah membuktikan kredibilitinya dengan menawarkan bonus besar mengikut mata yang berjaya diperolehi dalam menyampaikan penumpang atau barang.Bagaimana cara untuk daftar Gojek? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU GOJEK
Gojek merupakan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai E-Hailing. Ia hampir sama seperti grab car yang menggunakan kereta dan aplikasi untuk memanggilnya datang.
MUAT TURUN APLIKASI GOJEK
Sebagai permulaan anda dikehendaki memuat turun dan install aplikasi Gojek terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi:
SEMAKAN SYARAT DAFTAR GOJEK
Untuk mendaftar dengan Gojek, anda seharusnya memenuhi syarat seperti berikut:
- Memiliki kad pengenalan yang sah
- Umur minimum untuk menjadi pemandu Gojek adalah 17 tahun dan maksima mencapai 55 tahun
- Mempunyai kenderaan yang dilengkapi dengan lesen kenderaan
- Mempunyai lesen memandu
- Mempunyai smartphone Android atau iPhone
- Mesti mempunyai rekod tingkah laku yang baik dari Polis dan tidak pernah disenarai hitam oleh Polis Negara Malaysia
DOKUMEN DIPERLUKAN (Untuk Daftar Gojek)
Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut bagi memudahkan urusan pendaftaran anda:
- Kad Pengenalan
- Lesen memandu
- Roadtax Kenderaan
NOTA: Pastikan anda scan atau ambil gambar dokumen dengan camera. Pastikan gambar terlihat jelas dan tidak kabur bagi memudahkan proses pendaftaran Gojek secara online.
CARA DAFTAR GOJEK ONLINE
Setelah anda memenuhi syarat kelayakan dan menyediakan dokumen yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara daftar:
- Buka aplikasi Gojek
- Masukkan butiran maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama Penuh
- Nombor Telefon
- Bandar
- Tick pada Terma dan Syarat dan klik butang Register/Daftar
- Masukan kod pengesahan yang diterima melalui nombor anda, klik Hantar.
- Seterusnya anda dikehendaki melengkapkan butiran anda:
- Nama Pertama dan Nama Akhir
- Nombor telefon, Nombor telefon Kecemasan
- Alamat Kediaman
- Pemilihan Bandar
- Semak kembali maklumat anda dan klik Teruskan
- Silakan muat naik/upload Dokumen yang diperlukan
- Sahkan kesemua maklumat anda kemudian tekan butang Ya.
- Selesai
MAKLUMAT KELULUSAN
Setelah selesai proses daftar di atas, proses seterusnya adalah menunggu kelulusan dari Gojek.
- Sekiranya semua fail dan syarat dipersetujui, maka Gojek akan menghantar SMS yang mengandungi arahan untuk datang ke pejabat Gojek dengan beberapa dokumen dan keperluan lain.
- Proses ini mengambil masa yang lama, kerana semua data mesti disahkan secara manual untuk memastikan pemandu yang berpotensi memenuhi semua keperluan.
Setelah pengesahan kelulusan data
- Sekiranya Anda telah lulus pengesahan data, maka Anda diberitahu untuk datang ke pejabat Gojek terdekat, mengikut bandar yang Anda pilih semasa mendaftar Gojek dalam talian.
CARA DAFTAR GOJEK MELALUI PEJABAT GOJEK
Selain daripada cara daftar Gojek online, anda juga boleh daftar di pejabat Gojek. Cara ini tidak jauh berbeza dari register Gojek di atas.
- Hadir ke pejabat Gojek berhampiran anda.
- Pastikan anda membawa:
- Handphone Smartphone Android/Iphone.
- Kad Pengenalan, lesen kenderaan dan lesen memandu.
- Membawa kenderaan yang mahu di daftarkan.
- Seterusnya anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran.
- Sebaiknya anda memakai pakaian yang sopan dan kemas.
- Seterusnya Anda diberitahu untuk mengambil gambar profil untuk aplikasi pemandu
- ika semua proses pendaftaran selesai dan berjaya menjadi pemandu kereta motosikal, Anda seterusnya akan mendapat jaket dan helm Gojek.
Nak jadi rider lain?