Bagaimanakah Cara Daftar HSBC Online?
Cara Daftar untuk HSBC Online Banking buat kali pertama sekarang lebih mudah dengan panduan langkah demi langkah berikut:
Langkah 1: Lawati Laman Web Rasmi HSBC
- Lawati laman web rasmi HSBC di https://www.hsbc.com.my.
- Klik pada pautan “Register”.
Langkah 2: Pendaftaran untuk Online Banking
- Pilih “Register for Online Banking”.
- Pilih cara pengesahan identiti anda dari antara tiga pilihan yang disediakan:
- Nombor Kad Kredit
- Nombor Bank Telefon
- Nombor Kad Debit
- Masukkan Nombor Kad Kredit anda.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dengan klik “Yes” atau “No”.
- Pilih untuk “Register with your mobile”.
- Masukkan Tarikh Lahir anda.
- Masukkan 3 digit terakhir nombor telefon anda.
- Klik “Continue”.
- Masukkan 6 digit kod yang dihantar ke telefon bimbit anda melalui SMS.
- Klik “Continue”.
Langkah 3: Pembuatan Username dan Kata Laluan
- Pilih Username yang anda inginkan.
- Cipta dan masukkan Kata Laluan anda.
- Sahkan semula Kata Laluan tersebut.
- Klik “Continue”.
Langkah 4: Pilihan Soalan Keselamatan
- Pilih soalan keselamatan.
- Isi jawapan untuk soalan keselamatan tersebut.
- Sahkan semula jawapan tersebut.
- Klik “Continue”.
Langkah 5: Setujui Syarat dan Terma
- Baca dan setujui Terma dan Syarat yang diberikan.
- Tick kotak kecil untuk menandakan persetujuan anda.
- Klik “Continue”.
Langkah 6: Tahniah!
Anda kini telah berjaya mendaftar untuk HSBC Online Banking.
Syarat-syarat Pendaftaran (Cara Daftar HSBC Online)
Sebelum mendaftar HSBC Online Banking, pastikan anda mempersiapkan:
- Nombor Kad Debit, atau
- Nombor Kad Kredit, atau
- Nombor Bank Telefon dan PIN
Pastikan untuk mengaktifkan kad debit/kad kredit/phone banking dan PIN sebelum mula menggunakan perbankan online.
Cara Aktifkan Kad Kredit dan PIN
Untuk mengaktifkan kad kredit dan PIN:
- Hubungi hotline pengaktifan kad HSBC 24 jam di +603 8321 8999.
- Tekan 1 untuk mengaktifkan kad kredit dan ikut arahan yang diberikan.
Cara Aktifkan Kad Debit dan PIN
Untuk mengaktifkan kad debit dan PIN:
- Hubungi hotline pengaktifan kad HSBC 24 jam di +603 8321 8999.
- Tekan 2 untuk PIN Kad Debit. Masukkan NRIC atau nombor pasport anda, diikuti dengan 4 digit terakhir nombor Kad Debit anda.
Cara Aktifkan Phone Banking dan PIN
Untuk mengaktifkan phone banking dan PIN:
- Hubungi talian hotline perkhidmatan telebanking HSBC di 1300 88 1388 atau 1300 88 9393 (untuk pemegang akaun Premier).
- Ikuti arahan untuk memberikan butiran yang diperlukan untuk pengesahan.
Cara Daftar HSBC Online Melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC
Anda juga boleh mendaftar melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC dengan langkah-langkah:
- Buka aplikasi HSBC.
- Klik “Not Registered for online banking”.
- Terima syarat dan terma dengan klik “I accept the Terms & Conditions”.
- Ikuti arahan untuk mengesahkan identiti anda menggunakan Debit Card PIN/Credit Card PIN/Credit Card Number, Date of Birth, & Mobile Number/Phone Banking PIN.
- Cipta Username anda.
- Cipta dan masukkan Password anda.
- Pilih soalan keselamatan dan jawabannya.
- Masukkan PIN 6-digit baru anda dan sahkan dengan SMS pengesahan.
Maklumat Lanjut Cara Daftar HSBC Online
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, hubungi:
- Nombor panggilan tempatan: 1300 88 9393
- Nombor panggilan antarabangsa: +603 8321 5208
- Waktu operasi: 24 jam
Artikel Lain
LOGIN HSBC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING
TUKAR NO HSBC BANK(Update Mobile Phone Number)