u-PUSTAKA LOGIN (Cara Daftar Akses Bahan Bacaan Online & Percuma)
Jika anda berminat untuk membaca bahan digital seperti eBook, eLearning, eNews, Audio Book dan lain-lain.Anda boleh daftar U-Pustaka. Disini kami kongsikan kepada anda cara daftar dan login untuk akses bahan digital percuma, semoga membantu.
APA ITU u-PUSAKA
u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini adalah inovasi yang diwujudkan hasil sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli konsortium uPustaka.
YURAN KEAHLIAN u-PUSAKA
Keahlian perpustakaan digital ini adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan ahli-ahli boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.
PERKHIDMATAN uPUSTAKA
Berikut adalah merupakan perkhdimatan yang disediakan di dalam perpustakaan digital ini iaitu:
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DIGITAL | |||
Komponen Penerbitan Web | Komponen Pengurusan Kandungan | Komponen Kolaborasi | Komponen Perkhidmatan |
|
|
|
|
CARA DAFTAR u-PUSTAKA
Sekiranya anda ingin mendaftar perpustakaan digital ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web https://www.u-library.gov.my/.
- Pada halaman utama, anda scroll ke bawah sikit dan cari butang Daftar untuk mencipta akaun baru.
- Pilih kategori kewarganegaraan dan klik ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan nama dan no kad pengenalan.
- Lengkapkan maklumat peribadi:
- Tarikh lahir
- Alamat emel
- Nombor telefon
- Alamat surat menyurat
- Latar belakang pembelajaran
- Sambungan internet
- User ID dan password
- Jika sudah selesai, klik Daftar
- Email pengaktifan akan dihantar.
- Buka email dan klik link pengaktifan.
- Portal kini boleh diakses. Selesai
CARA AKSES BAHAN DIGITAL u-PUSTAKA
Berikut adalah caranya:
- Anda perlulah Login di portal U-Pustaka
- Cari ‘Online Database’ pada bahagian Quick Links di halaman utama portal tersebut.
- Anda akan dibawa kepada kesemua pengkalan data yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.
SOALAN LAZIM (FAQ) u-PUSTAKA
Apakah contoh surat khabar digital yang boleh diakses dalam Ookbee Buffet?
- Anda boleh baca surat khabar digital seperti New Straits Times, Berita Harian, Metro dan Sinar Harian. Kesemuanya adalah keluaran terbaru yang dikemaskini setiap hari.
Berapakah kadar langganan Ookbee Buffet?
- Untuk dapatkan kesemua akses bagi setiap kandungan yang ada, anda perlu langgan sekitar RM13.90 untuk akses majalah sahaja atau keseluruhan kandungan sebanyak RM16.90 sebulan atau RM169.00 untuk setahun.
- Tetapi sebenarnya khusus untuk rakyat Malaysia anda boleh dapatkan akses secara percuma sahaja iaitu menerusi U-Pustaka yang diuruskan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
ARTIKEL LAIN
TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE(Cara Buat Permohonan & Booking Slot Janji Temu)