Bagaimanakah Cara Semak & Claim e-Baucar Buku?
Sukacita dimaklumkan bahawa, semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) warganegara Malaysia layak menerima e-Baucar Buku yang bernilai RM100.Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT.
Apa itu e-Baucar Buku?
e-BaucarBuku adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggalakkan budaya cinta ilmu dan membaca di kalangan pelajar IPT. Setiap pelajar layak menerima baucar buku sebanyak RM100.
Mekanisme Pelaksanaan
- Pengeluaran Kod Baucar: Kod baucar akan dijana selepas semakan kelayakan di portal GREaT bermula 1 Jun 2024.
- Penebusan Baucar: Baucar hanya sah untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital.
- Tempoh Penggunaan: Pelajar boleh menebus baucar dari 1 Jun sehingga 31 Disember 2024.
Cara Semak Kelayakan
Layari portal GREaT di sini, masukkan nombor kad pengenalan, nombor matrik, dan jenis IPT untuk semak kelayakan.
Fasa Seterusnya
Penyaluran baucar buku bagi fasa seterusnya akan diumumkan kemudian oleh KPT.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi GREaT atau ikuti Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ini adalah peluang baik untuk menyokong pembelajaran anda. Pastikan anda membuat semakan kelayakan segera untuk tidak terlepas peluang ini.
Artikel Lain >DELIMa 2.0 KPM Cara Claim Baucar Buku