eZAKATPAY (Cara Daftar Login Zakat Selangor Online)
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.Terkini Lembaga Zakat Selangor memberi anda kemudahan untuk pembayar dan penerima zakat di Selangor melakukan urusan di eZakay Pay. Bagaimana untuk daftar dan buat bayayaran menggunakan eZakatPay? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU eZAKAT PAY
eZakay Pay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
CARA DAFTAR eZAKATPAY
Sebelum anda menggunan eZakat Pay, anda hendaklah daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar:
- Layari pautan daftar eZakat Pay: https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp
- Borang pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang tersebut.
- Pada ruangan USER ID, masukkan user id anda inginkan
- Masukkan Emel anda yang aktif
- Masukkan Nama Ibu anda
- Baca Terma dan Syarat dan klik Saya Setuju.
- Anda akan terima email pengaktifan, Klik pautan yang ada pada email anda.
- Seterusnya masukkan Kata Laluan yang anda inginkan, tekan ok
- Pendaftaran anda telah selesai.
CARA LOGIN eZAKATPAY
Setelah selesai proses pendaftaran di atas, sekarang anda boleh login akaun eZakat Pay anda. Berikut adalah cara login:
- Layari pautan daftar eZakat Pay: https://ezo.zakatselangor.com.my/
- Masukkan User ID anda
- Masukkan Kata Lalaun anda
- Tekan Login
- Anda telah berjaya login akaun eZakat Pay.
CARA BAYAR GUNA eZAKATPAY
Untuk bayar zakat online menggunakan eZakat Pay, berikut adalah caranya
- Login akaun eZakat Pay anda
- Ruangan Isi Maklumat Bayaran, isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersebut
- Ruangan Pilih Kaedah Bayaran, anda dikehendaki memilih cara bayaran yang anda inginkan
- Ruangan Pilih Bank, pilih bank yang anda ingikan untuk selesai proses pembayaran
- Ruangan Resit Bayaran Zakat, anda boleh muat turun resit bayaran zakat.
SOALAN LAZIM
Apakah kelebihan menggunakan eZakat Pay:
- Semak maklumat bayaran zakat
- Cetak penyata bayaran zakat
- Kemaskini profil individu
- Boleh terus menunaikan zakat
- Mengetahui status bantuan
Bagaimana sekiranya terlupa kata laluan eZakatPay?
- Masukkan Email dan Nama Ibu
- Tekan Reset Kata laluan.
- Emel pengesahan akan dihantar pada emel anda.
- Klik link yang ada pada emel anda.
- Anda akan dibawa pada portal zakat dan tukar password anda.
Adakah dikenakan bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay?
Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web Rasmi Zakat Selangor di pautan https://www.zakatselangor.com.my/
ARTIKEL LAIN
Jika anda tinggal di kedah dan nak masuk universiti, mohon BANTUAN AWAL IPT 2021 LEMBAGA ZAKAT KEDAH
Kalau di negeri perak, ada SKIM BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk