Sebab-Sebab Gagal Buat Bayaran AKPK
Untuk buat bayaran baki hutang, anda perlu login AKPK melalui portal rasmi akpk.org.my.Bagaimana jika situasi seperti anda ingin buat bayaran tetapi proses pembayaran hutang AKPK anda gagal disebabkan kegagalan sistem atau bayaran anda tidak diterima.
Ramai sebenarnya menghadapi situasi seperti diatas.Jadi bagaimanakah cara selesaikan masalah ini?
Penamatkan Program PPK
Program Pengurusan Kewangan Peribadi (PPK) melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh dibatalkan dalam keadaan berikut:
Kegagalan Pembayaran Ansuran Bulanan
- PPK akan dihentikan secara automatik sekiranya pelanggan gagal membuat pembayaran ansuran bulanan.
- Pelanggan hanya diberi satu peluang untuk mendaftar semula dalam PPK.
- Oleh itu, adalah penting untuk memantau dan mengekalkan pembayaran ansuran PPK bagi mengelakkan penamatan.
Kesannya Penamatan Program PPK
Apabila program PPK ditamatkan, kesannya adalah seperti berikut:
- a) Segala penangguhan tindakan undang-undang akan terbatal dan pihak bank akan memulakan semula prosiding undang-undang.
- b) Berpotensi mendapat gangguan daripada pemungut hutang.
- c) Jumlah bayaran ansuran akan mengikut jumlah bayaran asal.
Langkah-langkah untuk Mengelakkan Penamatan Program PPK
Sekiranya menghadapi kesulitan dalam membayar ansuran bulanan dan ingin mengelakkan penamatan PPK, pelanggan digalakkan untuk:
- Menghubungi AKPK untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang sesuai.
Pengaktifan Semula PPK
Jika program PPK telah ditamatkan, anda boleh memohon untuk mengaktifkannya semula melalui proses berikut:
- Permohonan Pengaktifan Semula:
- Layari portal AKPK di https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin.
- Log masuk menggunakan ID anda.
- Pilih “DMP SERVICES”, kemudian pilih “REINSTATEMENT”.
- Sediakan surat rayuan dan surat sokongan dalam bentuk PDF.
- Lampirkan surat berkenaan dan tekan “SUBMIT”.
- Semak semula status rayuan anda selepas 3 – 14 hari.
- Syarat Pengaktifan Semula:
- Bayar semua jumlah tunggakan yang tertunggak.
- Permohonan untuk kemasukan semula perlu diluluskan oleh AKPK berdasarkan penilaian yang ketat dan sebab-sebab yang munasabah.
Penyelarasan Semula PPK Setelah Penamatan(Gagal Bayaran AKPK)
Jika tidak mampu membuat pembayaran ansuran bulanan yang tertunggak, anda masih layak memohon untuk mengikuti PPK semula setelah satu tahun daripada penamatan program, tertakluk kepada penilaian yang ketat oleh AKPK dan sebab-sebab yang munasabah.
Cara Login AKPK
- Layari Laman Web AKPK
- Layari laman web rasmi AKPK di https://www.akpk.org.my/home/gateway.
- Pilih Customer Login
- Pada laman tersebut, pilih “Customer Login”.
- Klik pada pautan yang diberi untuk login pelanggan: https://customer.akpk.org.my.
- Masukkan User ID dan Password
- Di ruangan “User ID”, masukkan Login ID yang anda terima melalui emel.
- Masukkan kata laluan yang telah anda cipta untuk akaun anda.
- Tekan butang “LOGIN AKPK”.
- Login Berjaya
- Anda akan berjaya log masuk ke akaun AKPK anda.
Cara Daftar AKPK
- Layari Laman Web AKPK
- Layari laman web AKPK di https://www.akpk.org.my/home/gateway.
- Pilih Customer Login
- Pada bahagian “CUSTOMER LOGIN”, klik pada pautan “Click here to login >”.
- Pergi ke Pautan Pendaftaran Baru
- Pada laman seterusnya, pergi ke bahagian kanan skrin.
- Di bawah ruangan “Password”, klik pada pautan “New User? Register here” atau “Pengguna Baru? Daftar di sini”.
- Isi Butiran Pendaftaran
- Isi maklumat yang diperlukan seperti jenis pengenalan diri (NRIC), nombor MyKad, nama penuh, jantina, tarikh lahir, nombor telefon, dan alamat emel yang aktif.
- Baca dan setujui Notis Privasi yang tertera.
- Tekan butang “Submit” untuk meneruskan proses pendaftaran.
- Aktifkan Akaun
- Anda akan menerima emel pengesahan daripada AKPK dengan link untuk mengaktifkan akaun anda.
- Klik pada link yang diterima dalam emel tersebut.
- Masukkan Login ID/Customer ID yang diberikan melalui emel AKPK.
- Tekan butang “Submit”.
- Cipta Password
- Pada laman seterusnya, cipta kata laluan untuk akaun anda.
- Pastikan kata laluan mengandungi gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor, dan simbol.
- Panjang kata laluan mestilah antara 8 hingga 15 aksara.
- Masukkan semula kata laluan untuk pengesahan.
- Tekan butang “Submit”.
Kesimpulannya Gagal Bayaran AKPK
Pematuhan dengan pembayaran ansuran bulanan PPK adalah penting untuk mengekalkan program dan mendapatkan manfaat dari khidmat yang disediakan oleh AKPK. Jika menghadapi kesukaran, adalah penting untuk berhubung dengan AKPK untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Artikel Lain
Lupa Password ID Username AKPK Gagal Login(Reset Semula)