PERMOHONAN GERAN PADANAN PEMBAIKAN HOMETSAY & HOTEL BAJET 2022
Berita baik kepada pengusaha homestay dan hotel bajet yang ingin membaik pulih premis perniagaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memperkenalkan Geran Padanan. Apa itu Geran Padanan dan cara permohonan? Di Sini kami akan kongsikan, semoga membantu.
APA ITU GERAN PADANAN
Geran Padanan dilaksanakan bagi tujuan pembaikan hometsay dan hotel bajet telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Matlamat utama pemberian geran ini adalah bagi membantu pengusaha-pengusaha homestay dan hotel bajet terutamanya dalam membaik pulih premis mereka yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19.
Ini bagi membolehkan mereka dapat menawarkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik kepada pelancong sama ada domestik atau antarabangsa untuk menginap di premis mereka.
NILAI GERAN PADANAN
Berikut adalah merupakannilai geran padanan di tawarkan kepada mengikut katagori:
- Nilai Geran Padanan Homestay
- Nisbah sumbangan: 9:1
- Di mana sumbangan kerajaan adalah sebanyak 90% atau RM15,000 atau mana-mana terendah dan 10% adalah sumbangan pemohon.
- Nilai Padanan Hotel Bajet
- Nisbah sumbangan: 7:3
- Di mana 70% atau RM30,000 atau mana-mana yang terendah dan 30% adalah sumbangan pemohon.
SYARAT KELAYAKAN GERAN PADANAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan mengikaut katagori:
- Geran Padanan Homestay
- Pengusaha Inap Desa (Homestay) berdaftar dengan MOTAC sebelum atau pada 31 Disember 2021.
- Mempunyai pelaporan rekod kedatangan pelancong dan jumlah pendapatan dari Program Pengalaman Homestay Malaysia dan Program Kampungstay yang telah dikemukakan kepada MOTAC bagi tahun 2018 – 2021.
- Melantik kontraktor tempatan yang berdaftar dengan SSM.
- Permohonan pembaikan/penyelenggaraan bagi projek yang sedang dilaksanakan atau telah selesai tidak akan dipertimbangkan.
- Geran Padanan Hotel Bajet
- Premis telah berdaftar dengan MOTAC sebelum atau pada 31 Disember 2021
- Premis telah diberikan penggredan Orkid di bawah MOTAC dan Sijil Penggredan yang masih sah selepas 1 Januari 2020.
- Premis yang telah tamat tempoh Sijil Penggredan/belum memperoleh Sijil Penggredan boleh mengemukakan bukti permohonan telah dikemukakan ke MOTAC.
- Premis mempunyai Lesen Perniagaan Premis Penginapan daripada PBT yang masih sah.
- Kelulusan Bersyarat akan diberikan kepada premis yang belum memperoleh Sijil Penggredan. Pihak premis hendaklah memperoleh Sijil Penggredan sebelum mengemukakan tuntutan kepada MOTAC untuk pembayaran.
KERJA-KERJA PEMBAIKAN DITAWARKAN MELALUI GERAN PADANAN
Bagi kerja-kerja pembaikan yang layak untuk dimohon oleh pengusaha homestay dan hotel bajet adalah seperti berikut:
- Kebocoran bumbung
- Keretakan/kerosakan dinding
- Keretakan/kerosakan lantai di premis
- Kerosakan perabot dan peralatan di dalam bilik
- penginapan pelancong
- Kerja-kerja pendawaian elektrik di bilik penginapan
- pelancong
- Kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan
- keselamatan/keselamatan kebakaran
- Penyelenggaraan penghawa dingin bilik penginapan
- pelancong
- Kerosakan pintu atau tingkap bilik penginapan
- pelancong
- Kerja-kerja mengecat bilik penginapan pelancong
- Waterproofing
- Kerosakan tandas untuk pelancong
- Kerosakan kemudahan bilik mesyuarat/bilik seminar (untuk hotel bajet)
- Kerosakan di lobi/ruang kaunter hadapan (untuk hotel bajet)
- Kerosakan/penyelenggaraan kolam renang (untuk hotel bajet)
- Kerosakan Kemudahan Surau (untuk hotel bajet)
- Kerosakan kemudahan dapur/kafeteria/restoran/coffee house (untuk hotel bajet)
- Kerja-kerja Penyelenggaraan sistem saliran air di dalam premis (untuk hotel bajet)
CARA PERMOHONAN GERAN PADANAN
Sekiranya pengusahan homestay dan hotel bajet yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Muat turun borang permohonan di pautan:
- Lengkapkap borang permohonan tersebut dengan tepat dan betul.
- Hantarkan borang permohonan tersebut kepada alamat berikut:
- Homestay:
- Urus Setia, Jawatankuasa Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) Tahun 2022, Program Pengalaman Homestay Malaysia, d/ a Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Aras 14, No.2 Menara 1, Jalan P5/ 6, Presint, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 63200 PUTRAJAYA.
- Hotel Bajet
- Urus setia, Jawatankuasa Geran Pembaikan Kepada Hotel Bajet, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Aras 1, No. 2 Menara 1, Jalan P5/6 Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 63200 PUTRAJAYA.
- Homestay:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Geran Padanan, sila merujuk melalui saluran berikut:
- Email (homestay): [email protected]
- Email (hotel bajet): [email protected].
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL ONLINE 2022 (Daftar tekunfin.tekun.gov.my)