Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) Pulau Pinang 2024
Sukacitanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini membuka permohonan bagi pelajar yang layak untuk memohon Bantuan Pendaftaran ke IPT i-Bita Penang bagi tahun 2024. Bantuan ini ditawarkan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar yang baru mendaftar ke IPT buat kali pertama.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka dari 1 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024. Bantuan ini tersedia untuk dua sesi kemasukan:
- Sesi Akademik Peringkat Diploma bagi Lepasan SPM/Setaraf
- Sesi Akademik Peringkat Sarjana Muda bagi Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/Setaraf
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:
- RM1,000.00 untuk pelajar yang mendaftar di Universiti di Semenanjung Malaysia.
- RM1,200.00 untuk pelajar yang mendaftar di Universiti di Sabah atau Sarawak.
- RM300.00 untuk pelajar yang mendaftar di Politeknik Malaysia.
Syarat Kelayakan
Untuk memenuhi syarat kelayakan untuk bantuan iBITA Pulau Pinang, pemohon perlu:
- Mengisi borang permohonan secara dalam talian (ONLINE) di laman sesawang http://ibita.penang.gov.my/.
- Memiliki pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00 (Gaji Pokok Sahaja).
- Ibu/Bapa/Penjaga/Pemohon (salah seorang) harus merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Hanya pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa dan tahun berikutnya yang layak.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Cara Permohonan i-Bita Penang
Permohonan bantuan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang http://ibita.penang.gov.my.
Dokumen Sokongan i-Bita Penang
Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah:
- Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik.
- Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga.
- Salinan Penyata Akaun Pelajar (yang jelas dan aktif. Penyata Mini tidak diterima).
- Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga.
- Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin.
- Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap wajib mengemukakan Akuan Bersumpah dan juga Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) atau Borang Nyata Individu (Borang BE).
- Bagi pemohon yang berstatus anak yatim atau tinggal bersama Penjaga wajib mengemukakan Akuan Bersumpah/Sijil Kematian/Sijil Cerai/Sijil Anak Angkat.
- Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Penghulu sahaja.
Senarai IPTA/IPTS yang Layak Memohon
Berikut adalah senarai IPTA dan IPTS yang layak memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) bagi tahun 2024.
Info Lanjut dan Pertanyaan i-Bita Penang
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
- Puan Bairavi a/p Kadarasen: 04-6505125 ([email protected])
- Puan Nur Aydawati binti Hamzah: 04-6505159 ([email protected])
Artikel Lain >Air Percuma Pulau Pinang(Semakan & Cara Kira)