CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ SSM

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ SSM

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ SSM

Kepada para peniaga yang membuat kemaskini maklumat perniagaan, terkini SSM menyediakan platform ezBiz bagi memudahkan para peniaga untuk menggunakannya secara online. Bagaimana cara untuk kemaskini maklumat perniagaan menggunakan ezBiz? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU eZBIZ

​EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:

  • melakukan pendaftaran baru;
  • mendaftar perubahan;
  • menamatkan perniagaan; dan
  • membeli maklumat perniagaan.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ

Untuk sistem ezBiz, anda seharusnya daftar ezBiz terlebih dahulu, sekiranya belum daftar rujuk panduan daftar ezBiz DISINI (MEY LINK DAFTAR EZBIZ). Berikut adalah cara untuk kemaskini maklumat perniagaan anda menggunakan ezBIZ:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Business Change’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Sila pilih perniagaan dalam senarai ‘Select Business’.
  7. Berikut ialah perubahan yang boleh dilakukan:
    1. Perubahan Alamat Perniagaan
      • Tandakan kotak (Changes of Principal Business Address)
      • Isikan tarikh perubahan.
      • Sila isikan alamat utama perniagaan yang baharu dan alamat surat-menyurat yang baharu.
    2. Perubahan Jenis Perniagaan
      • Tandakan kotak (Changes in Type of Business)
      • sikan tarikh perubahan.
      • Isikan semua jenis perniagaan yang terkini dalam kotak ‘Business Description’
      • Klik ‘Add Business Code’ atau butang untuk memadam kod yang sedia ada.
    3. Perubahan Maklumat Cawangan
      • Tandakan kotak (Changes of Particulars on Branches)
      • Isikan tarikh perubahan.
      • Isikan perubahan cawangan dan klik ‘Insert/Update’ atau klik untuk menutup cawangan yang sedia ada.
    4. Perubahan Maklumat Pemilikan:-
      • Tandakan kotak (Changes of Business Ownership Information)
    5. Menambah rakan kongsi
      • Isikan Mykad No. rakan kongsi dan klik ‘Add New Partner’.
    6. Mengeluarkan rakan kongsi
      • Klik butang Action (simbol pensil)
      • Kemaskini alamat (jika ada) dan pilih ‘PULL-OUT’ di bahagian ‘Amendment Type’. Isikan tarikh perubahan, kemudian klik ‘Update’.
    7. Mengeluarkan rakang kongsi (kematian)
      • Klik butang (seperti dibawah).
      • Kemaskini alamat (jika berkenaan) dan pilih ‘DECEASED’ di bahagian ‘Amendment Type’.
      • Isikan tarikh kematian pada ruangan ‘Amendment Date’.
      • Klik ‘Choose File’, muat naik Sijil Kematian sebagai dokumen sokongan pada bahagian ‘Supporting Document’ .
      • Kemudian klik ‘Update’.
    8. Kemaskini maklumat pemilik (alamat kediaman dan nombor telefon)
      • Kemaskini maklumat diri sendiri (Lodger). ➢ Isikan maklumat terkini pemilik dan klik ‘Update’.
      • Kemaskini maklumat rakan kongsi. ➢ Isikan maklumat terkini dan pilih ‘UPDATE ADDRESS’ dan klik ‘Update’.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara kemaskini maklumat perniagaan menggunakan ezBiz, anda boleh:

  1. Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
  2. Email: [email protected] (Monday – Saturday, 9.00 AM – 5.30 PM)

 

ARTIKEL LAIN

DOKUMEN SSM HILANG(Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

SEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM:CARA CHECK STATUS ONLINE

SSM Online : Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

7 thoughts on “CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ SSM”

Leave a Comment