BAGAIMANAKAH CARA DAPATKAN SEMULA NO PIN ATM JIKA LUPA
Pernah kah terjadi kepada anda ketika ingin mengeluarkan wang di ATM, anda terlupa PIN kad ATM anda. Tentu anda ingin mengetahui cara dapatkan semula no PIN kad ATM anda, tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya jika anda LUPA NOMBOR PIN ATM, semoga membantu
CARA DAPAT NOMBOR PIN ATM MAYBANK(Jika Lupa)
Sekiranya anda pelanggan kepada Maybank, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan nombor PIN kad ATM anda:
- Bagi pengguna Maybank2u, sila tetapkan PIN melalui Maybank2u – Log on > Card Management > Select Card to set PIN > Click SET PIN NOW
- Bagi pengguna bukan Maybank2u, sila hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Maybank di 1300886688 ( Card Activation and Set PIN, press*1, Set PIN press 2)
CARA DAPAT NOMBOR PIN ATM CIMB
Sekiranya anda pelanggan kepada CIMB Bank, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan nombor PIN kad ATM anda:
- Anda boleh menetapkan semula PIN Kad Debit/ ATM di mana-mana Cawangan CIMB
- Menggunakan CIMB Clicks
- Log masuk ke Clicks menggunakan Nama Pengguna & Kata Laluan
- Pergi ke menu Perkhidmatan > Akaun & Kad
- Klik pada Permintaan/Penukaran PIN dan pilih sama ada Kad Prabayar atau Kad Kredit dari senarai
- Pilih nombor kad tertentu yang diperlukan untuk penukaran PIN
- Sekiranya anda tidak mempunyai PIN Lama (terlupa), anda boleh meminta PIN Sementara dengan mengklik butang ‘Minta’.
- CIMB Clicks akan menggesa mesej untuk memaklumkan bahawa PIN sedia ada anda akan ditimpa jika anda meneruskan permintaan ini. PIN sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar anda.
- Minta TAC. Penukaran PIN akan disahkan dengan Pengesahan Tahap ke-2 (TAC). TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
- Masukkan TAC dan sahkan penukaran PIN dan CIMB Clicks akan mengesahkan
- Anda akan menerima SMS setelah selesai menukar PIN
CARA DAPAT NOMBOR PIN ATM RHB
Sekiranya anda pelanggan kepada RHB Bank, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan nombor PIN kad ATM anda:
- Anda boleh menetapkan semula PIN Kad Debit/ ATM di mana-mana Cawangan RHB bank
- Menggunakan RHB Now
- Log masuk ke RHB Now
- Klik pada Menu, pilih pada APPLY
- Kemudian Klik pada ‘Card PIN Selection’
- Pilih nombor kad anda
- Setelah memilih kad, masukkan Kod OTP Yang dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda
- Anda kemudian akan menerima PIN sementara di telefon bimbit anda. Kemudian masukkan pin sementara 6 digit.
- Anda kemudian diminta memasukkan PIN 6 digit pilihan anda.
- PIN anda akan berjaya dikemas kini. Selesai
CARA DAPAT NOMBOR PIN ATM PUBLIC BANK
Sekiranya anda pelanggan kepada Public Bank, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan nombor PIN kad ATM anda:
- Anda dikehendaki menukar Kad ATM anda. Sila kunjungi cawangan Public Bank yang terdekat untuk menggantikan Kad yang sedia ada.
CARA DAPAT NOMBOR PIN ATM BANK ISLAM(Lupa Tak Ingat)
Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Islam, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan nombor PIN kad ATM anda:
- Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Islam 03 2088 8000/03 26 900 900 untuk mendapatkan PIN baharu. PIN 6-Digit yang baharu akan dihantar ke alamat surat menyurat anda melalui pos. Anda tidak perlu mengantikan kad yang baharu
- Anda boleh menetapkan semula PIN Kad Debit/ ATM di mana-mana Cawangan Bank Islam
CARA DAPAT NOMBOR PIN ATM BSN (Lupa Tak Ingat)
Sekiranya anda pelanggan kepada BSN, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan nombor PIN kad ATM anda:
- Kunjungi Cawangan BSN berhampiran anda
- Melalui SMS
- Sila guna nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Bank
- Taip BSNPIN <jarak> No. KP <jarak> 4-digits akhir No Kad Kredit dan hantar ke 66300
- Contoh: BSNPIN 800703077777 3456
- Terima PIN Sementara anda menerusi SMS
- Tukar PIN Sementara ke PIN Tetap anda di mana-mana ATM BSN dalam tempoh 24 hours*
- Pilih Bahasa > Masukkan PIN Sementara > Pilih “Penukaran PIN” > Masukkan PIN Tetap > Sahkan PIN Tetap
- NOTA: *PIN Sementara adalah sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Jika tamat tempoh, sila ulangi langkah-langkah di atas.
- Perbankan internet myBSN
- Log masuk ke myBSN
- Pilih “Manage Account” > “Credit Card Settings” > Pilih Nombor Kad Kredit dan “Submit” > Masukkan “New PIN” > Confirm PIN > Klik “Request OTP” > Masukkan OTP.
- Tandakan “Yes” pada kotak dan “Submit”
- Anda akan menerima mesej setelah penetapan PIN anda berjaya.
- NOTA: One-Time Password(OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan BSN. Jika anda tidak menerima OTP, sila hubungi nombor di belakang kad anda.
ARTIKEL LAIN