MyASSIST MSME:CARA DAFTAR LOGIN PLATFORM PKS(myassist-msme.gov.my)
Jika anda adalah golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PSK), tentunya mengalami kesukaran mendepani penularan pandemic Covid-19. Inisiatif terbaharu kerajaan dibawah PENJANA adalah melancarkan portal MyAssist MSME bagi PKS mendapatkan maklumat perniagaan, khimat nasihat dan peluang pemasaran online.Untuk megetahui dengan lebih lanjut, kita selusuri lagi platform MyAssistMSME dengan lebih dekat.
APAKAH MyASSIST MSME?
Seoerti yang dinyatakan diatas, Portal MyAssistMSME mengandungi empat komponen utama iaitu :
Pusat Maklumat :
Pengumpulan dan penyebaran maklumat mengenai insentif di bawah Pakej Rangsangan PENJANA serta program pembangunan PKS.
Khidmat Nasihat :
Khidmat nasihat daripada kaunselor perniagaan, pakar industri dan Agensi berkaitan.
Platform :
Dalam talian (online) dan luar talian (offline), dan tertumpu kepada khidmat kaunselor perniagaan; sesi padanan perniagaan (business matching) dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pasaraya besar, syarikat luar negara serta PKS yang lain; E-Dagang dan E-Pameran.
Medium Maklum Balas :
Pengumpulan maklum balas melalui interaksi secara terus mengenai pelaksanaan bantuan Kerajaan dan situasi semasa PKS.
BAGAIMANAKAH PERKHIDMATAN MyASSIST MSME BOLEH DIAKSES?
MyAssist MSME memberikan banyak manfaat kepada usahawan PKS. Antaranya adalah platform MatchMe, MeetMe dan sesi webinar bagi PKS yang berdaftar diportal MyAssistMSME manakala yang tidak berdaftar anda masil lagi boleh mengakses maklumat umum seperti “Bantuan Kewangan kepada PKS yang Terkesan oleh COVID-19 & Informasi Berkaitan” dan “Sokongan Teknologi”.
Jadi, adalah disyorkan untuk anda berdaftar supaya dapat memaksimumkan peluang yang ada. Ikuti cara daftar portal MyAssistMSME PENJANA disini.
CARA DAFTAR MyASSIST MSME
Berikut adalah cara daftar portal MyASSISTMSME :
- Langkah pertama, anda perlu melayari portal https://myassist-msme.gov.my/
- Klik pada butang LOG MASUK pada bahagian atas kanan paparan.
- Pada paparan seterusnya, klik pada butang New user? Register untuk pendaftaran pertama kali.
- Setelah itu, anda dikehendaki untuk memasukkan :
- Nama Penuh
- Alamat emel
- Login ID
- Kata Laluan & ulang semula kata laluan
- Setelah selesai, masukkan semua maklumat yang dikehendaki anda klik pada butang Register.
- Paparan akan menunjukkan Registration Succesful dan anda perlu membuat pengaktifan akaun dengan membuka emel yang dihanar melalui akaun emel anda.
- Buat pengaktifan pada pautan yang diberikan untuk pengesahan.
- Setelah itu, akauan anda sudah aktif dan boleh login dengan memasukkan User ID dan kata laluan yang didaftarkan.
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan MyAssistMSME?
Semua maklumat berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan melalui Portal MyAssistMSME boleh diakses melalui dua cara:
- Melawat laman sesawang www.myassist-msme.gov.my; atau
- aplikasi mobil MyAssistMSME yang boleh dimuaturun daripada Playstore atau Apple Store.
Anda perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan dalam talian seperti MatchMe, MeetMe dan sesi webinar.
Saya memerlukan khidmat nasihat perniagaan adakah MyAssistMSME dapat membantu?
Ya, melalui khidmat MeetMe iaitu sesi khidmat nasihat bersama Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia secara maya
Saya adalah seorang usahawan PKS yang terkesan akibat COVID-19 dapatkah MyAssistMSME membantu?
Antara keutamaan MyAssistMSME adalah penekanan bantuan kepada PSK yang terkesan akibat penularan COVID-19. Jadi anda boleh daftar MyAssistMSME untuk maklumat yang lebih lanjut.
BILA GKP 4.0 AKAN DIBAYAR?
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai My Assist MSME, sila hubungi Sekretariat MyAssist MSME ditalian 1300-30-6000 atau emelkan pertanyaan/cadangan ke [email protected].
Tengok gkp Tak ada apa apa bayaran ?
Saya ada 4 orang anak ..Suami satu bulan tak pergi kerja sebab kes covid kena lockdown