MyCPD:ID CARA LOGIN AKSES Continuing Professional Development (CPD)
Continuing Professional Development (CPD) didefinisikan sebagai pelbagai aktiviti pembelajaran di mana professional kesihatan mengekalkan dan membangunkan kerjaya mereka dengan pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan professional dapat mengamal dan memberikan perkhidmatan secara selamat dan berkesan
.
Profesional kesihatan adalah penting bagi mengembangkan bidang perubatan. Dengan adanya MyCPD ia dapat membangunkan dan menyumbangkan pertambahan ilmu.
Di sini kami kongsikan cara login & guna MyCP. Ikuti selanjutnya untuk maklumat yang lebih lagi tentang MyCPD ini .
PENGENALAN CPD
Program Continuing Professional Development (CPD) yang telah diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2007 merupakan salah satu kaedah bagi meningkatkan kompetensi pegawai. CPD ini merupakan satu program yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mana boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang masing-masing.
CARA LOGIN MyCPD
Berikut adalah merupakan cara login MyCPD:
- Layari pautan MyCPD: http://www.mycpd2.moh.gov.my/
- Pilih bahasa (Bahasa Melayu atau Inggeris)
- Klik pada Tab Pengguna
- Masukkan ID pengguna (Kad Pengenalan atau No Pasport) dan Kata Laluan
- Klik ikon Log In untuk memasuki sistem myCPD
CARA PENGGUNAAN MyCPD
Pastikan anda login MyCPD terlebih dahulu, berikut adalah cara penggunaannya:
- Cara Tetapan Pengguna:
- User – Sistem akan muncul kedudukan HCP pengguna.
- Change Role – Sistem akan muncul maklumat peranan yang diberikan oleh pentadbir
- Change HCP – Sistem akan muncul senarai HCP yang didaftarkan. Pengguna boleh mengubah pilihan HCP dan data akan muncul berdasarkan pilihan.
- My Schedule – Sistem akan muncul maklumat jadual setiap hari dan bulanan
- Menu pengguna:
- Planned Program – Senarai program yang diluluskan oleh penyelia akan dipaparkan.
- Unplanned Program – Pengguna harus menghantar program yang tidak dirancang untuk disetujui oleh penyelia untuk mengumpulkan tujuan mata CPD.
- Pogram assesment – Senarai program yang akan dihadiri / dihadiri oleh pengguna
- Log Book- Laporan Titik CPD dihadiri oleh pengguna berdasarkan setiap tahun
- Menu yang terpapar pada Dashboard
- Log masuk pengguna terakhir ke sistem myCPD 2.0.
- Jumlah program Tanpa Had, Penerimaan Ditetapkan Belum Selesai, Mata yang Diluluskan. Pengguna boleh klik pada ikon Lihat untuk keterangan.
- Ringkasan acara Daftar dan klik “Lihat Semua Acara” untuk maklumat lanjut.
- Senarai pengumuman terkini yang dibuat oleh Pentadbir
- Menu yang terpapar pada Planned Program
- Search program – Mengandungi senarai program kelulusan oleh penyelia
- Wish List Program – Mengandungi senarai program senarai keinginan yang dipilih oleh pengguna untuk dihadiri
- Submitted Program – Mengandungi senarai program yang diserahkan kepada penyelia selektif
- Assigned Program – Mengandungi senarai program yang ditetapkan oleh penyelia
- History – Mengandungi senarai program sejarah yang dihantar
SOALAN LAZIM
Saya adalah pengguna lama myCPD apabila saya masukkan login dan katalaluan, mesej ralat memaparkan katalaluan saya tidak sah Mengapa?
Ini kerana sistem baru tidak lagi menggunakan katalaluan lama, katalaluan baru boleh didapati secara emel. Sila klik pada pautan “lupa katalaluan” atau “forgot password”, kemudian masukkan id pengguna/no kad pengenalan dan tekan butang untuk dihantarkan ke emel anda. Emel yang dihantarkan akan mempunyai capaian untuk katalaluan baru ke
sistem myCPDv2.
Pertama kali menggunakan myCPD versi 2.0 (Pengguna baru) apa perlu saya buat?
Jika ini pertama kali ingin menggunakan sistem myCPDv2, anda boleh daftar sebagai pengguna baru dengan memilih pautan “Daftar” (“register”) dan memilih pendaftaran mengikut sektor awam ataupun swasta yang berkenaan
Bagaimana saya menggunakan sistem baru ini? Bahan rujukan atau manual tidak diberikan!
Bahan rujukan telah disediakan dalam format pdf yang boleh dicapai di menu online manual. Manual pengguna bagi peranan User, Supervisor, Provider, Regulatory Body, Chief CPD, Chief Scheme dan Sub Admin ada disediakan untuk rujukan anda
Pernahkah anda mendengar tentang Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT)
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :
- myCPD Helpdesk: [email protected]
- KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Ibu Pejabat KKM, Bahagian Perkembangan Perubatan, Blok E1,Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya