MyGovUC 2.0(Cara Guna Buat Backup Kemaskini E-Mel)
Adakah anda merupakan pengguna MyGovUC. Untuk pengetahuan anda, MyGOVUC telah melangkah ke satu era baharu iaitu MyGovUC 2.0. Peringatan penting kepada semua pengguna e-mel kerajaan MyGovUC, anda jangan lupa menyalin ataupun membuat (backup) e-mel penting kerana kita akan berpindah ke platform baharu MyGovUC 2.0 dengan alamat e-mel yang sama bermula 1 Januari 2021.
Selaras dengan itu, tetapan e-mel di telefon pintar juga tidak akan dapat diakses bermula 1 Januari 2021 dan perlu di buat tetapan semula mengikut tetapan baru yang akan dimaklumkan kelak.
MyGovUC 2.0 ITU APA YE?
Perkhidmatan MyGovUC sedia ada akan melalui proses migrasi kepada platform baharu bermula pada bulan November hingga 31 Disember 2020 yang lalu.
Pembekuan penggunaan IPMS akan ditutup, dan ia akan melibatkan pembekuan. Antara pembekuan yang terlibat adalah seperti aktiviti pengurusan profil pengguna. Antaranya adalah:
- pewujudan e-mel baharu
- pemadaman
- pengemaskinian profil pengguna
Semua pengguna MyGovUC 2.0 , anda boleh mengakses pelantar baharu ini bermula 28 Disember 2020 secara berperingkat mengikut maklumat yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.
PERKHIDMATAN UTAMA MyGovUC 2.0
MyGovUC menyediakan perkhidmatan utama seperti Pengarkiban E-mel, Penghantar Mail Bersaiz Besar menggunakan SmartAttach, Mail Relay, TeamChat dan Web Documents.
Adakah anda membuat kesilapan semasa memohon i-sinar
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Banyak perubahan dan kebaikan yang telah dilakukan kepada MyGovUC. Era baharu MyGovUC 2.0 bakal menghubungkan semua perkhidmatan dalam satu platform.
Selain penghataran e-mel dan kalendar, pegawai@pengguna boleh berkomunikasi secara ‘real time’ dengan ‘team chat/web chat’, membuat perkongsian fail (smart attach), sidang video, tugasan (smart task) dan banyak lagi.
Antara perubahan yang berlaku dalam sistem MyGovUC 2.0 adalah:
- Storan pengguna
- 5GB bagi pengguna di sekolah
- 8GB bagi pengguna MyGovUC yang lain@ jabatan lain
- E-mel
- Alamat e-mel dikekalkan
- OWA : Pautan akses e-mel berubah ke pautan baharu
- Desktop Client: Konfigurasi mengikut tetapan baharu
- Mobile Active Sync: Konfigurasi mengikut tetapan baharu
- ID Pengguna
- ID Pengguna masih dikekalkan
- Password
- Password akan berubah dan dihantar melalui e-mel
- Pengguna akan menerima password baharu dan diminta menukarnya semula semasa login kali pertama bagi tujuan keselamatan
CARA BUAT BACKUP E-MEL (1GovUC 1.0)
- Masuk MS Outlook
- Masuk di Email Address : username.****@1govuc.gov.my
- Masukkan Password (Password email)
- Akan ada 2 folder email iaitu @***.gov.my dan @outlook.gov.my
- Copy emel dari folder 1govuc dan masukkan ke dalam folder @outlook
- Untuk dapatkan kembali emel yang dibackup, masuk dalam MS Outlook .
JAMINAN TAHAP PERKHIDMATAN MyGovUC
Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC adalah 99.9 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) MyGovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.
MAKLUMAT LANJUT TENTANG MyGovUC 2.0
Untuk maklumat lanjut berkaitan platform baharu ini, sila hubungan Meja Bantuan di talian :
Tel : 03-8320 0660
e-mel: [email protected]
ARTIKEL YANG BERKAITAN
CARA DAFTAR MyBAYAR MyFORM(Perkhidmatan pembayaran & Serahan Borang online Kerajaan)
MOHON TUNJUK AJAR CARA BACK UP EMAIL MYGOVUC 2.0