MySPR DAFTAR:SEMAKAN STATUS & KEMASKINI  PEMILIH(Cara Tukar Tempat Mengundi)

Utama / MySPR / MySPR DAFTAR:SEMAKAN STATUS & KEMASKINI  PEMILIH(Cara Tukar Tempat Mengundi)

MySPR DAFTAR:SEMAKAN STATUS & KEMASKINI  PEMILIH(Cara Tukar Tempat Mengundi)

Adakah anda seorang anak muda yang lahir pada tahun 1995, 1996, 1997, 1998 & Bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei 1999 yang cukup umur 21 tahun, anda sudah boleh mendaftar sebagai pemilih sekarang.

Jika masih belum mendaftar boleh s Mendaftar di lokasi dan butiran di bawah

baca juga  MySPR SPPA

 

CARA SEMAKAN STATUS PENGUNDI ONLINE MELALUI MySPR

Untuk membuat semakan pengundi online melalui portal MySPR, anda boleh ikuti langkah berikut:

  • Anda perlu layari laman web rasmi SPR di pautan https://pengundi.spr.gov.my/pengundi/
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan yang lengkap tanpa
  • Isi kad pengenalan tanda (-) atau space.
  • Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan.
  • Tekan butang SEMAK.
  • Maklumat pengundi dan tempat mengundi akan dipamerkan.

 

 

CARA DAFTAR PEMILIH ONLINE DI MySPR

Jika anda belum berdaftar dan mahu mendaftar sebagai pengundi baru, sila ikuti langkah mudah berikut:

  • Layari portal http://www.spr.gov.my.
  • Tekan pada butang MYSPR DAFTAR.
  • Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
  • Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
  • MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
  • Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
  • Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  • Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
  • Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
  • Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
  • Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
  • Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
  • Klik menu STATUS SAYA.
  • Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
  • Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
  • Setelah selesai, tekan butang HANTAR.

 

CARA KEMASKINI ALAMAT PEMILIH

Untuk membuat permohonan tukar alamat pengundi, anda boleh mengikuti langkah berikut:

 

  • Layari http://www.spr.gov.my.
  • Klik menu STATUS SAYA.
  • Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
  • Skrin Borang A (Pertukaran Alamat) akan dipaparkan.
  • Kemaskini / isikan alamat yang ingin ditukar.
  • Buat pengesahan dan tekan butang HANTAR/CETAK BORANG A.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 atau hadir ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *