Cara Login padu.gov.my 2024(Pengesahan Identiti Akaun)
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menjelaskan bahawa kerajaan akan membuka semula sistem pendaftaran padu.gov.my Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dalam fasa kedua. Beliau mengatakan bahawa sistem tersebut akan dibuka bagi membolehkan individu yang belum mendaftar mengemas kini maklumat mereka mengikut tempoh yang akan ditetapkan.
Rafizi menegaskan pentingnya kerjasama semua pihak dalam meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan penggunaan data PADU. Menurutnya, pada masa akan datang, data PADU akan menjadi rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan dan pengenalpastian penerima bantuan.
Jawapan tersebut diberikan dalam sesi Dewan Rakyat hari ini sebagai respons kepada soalan Datuk Anyi Ngau (GPS-Baram) mengenai status terkini sistem PADU di Sarawak dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan golongan B40 tidak terpinggir daripada manfaat sistem ini.
Rafizi turut menyatakan bahawa sehingga tamat tempoh pendaftaran pada Mac yang lalu, lebih daripada 10.5 juta individu telah mengemas kini maklumat mereka dalam sistem PADU. Bagi Sarawak, sebanyak 1.07 juta rakyat telah mengemaskini maklumat mereka di dalam sistem ini.
Bagaimana cara log masuk padu.gov.my?
Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke portal PADU:
- Kunjungi laman web rasmi portal PADU
- Anda boleh mengakses laman web rasmi portal PADU dengan di sini: https://padu.gov.my
- Jika anda menggunakan komputer, akan ada ruangan yang memerlukan anda isi No MyKad di sebelah kiri. Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Seterusnya, tekan Log Masuk. Klik butang Semak. Lihat maklumat seperti yang terpapar.
- Jika anda menggunakan telefon bimbit, anda akan terus nampakruangan yang untuk anda isi No MyKad. Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Seterusnya, tekan Log Masuk. Klik butang Semak. Lihat maklumat seperti yang terpapar.
- Klik MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI
- Selesai
Portal PADU 2024 padu.gov.my
Direct link untuk PADU ialah https://padu.gov.my
Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk PADU menggunakan pautan terus:
- Layari portal PADU di sini: https://padu.gov.my/
- Masukkan No Mykad / ID Pengguna
- Klik butang SEMAK
- Lihat maklumat seperti yang terpapar
- Selesai
APA ITU PADU
Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
OBJEKTIF PADU
Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu:
- Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
- Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
- Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
MATLAMAT PADU
Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu:
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
- Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
- Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
SYARAT KELAYAKAN PADU
Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti STR
Artikel Lain
CARA DAFTAR PADU(Pengkalan Data Utama)
Subsidi
Block B2 appermant Lily Rawang Perdana RP12 taman Rawang Perdana 2 Rawang selangor
Saya belum dapat bantuan lagi
nukar email dan no.tel ‘ PADU ‘
Yesterday, I registered and was successful. I cannot bookmark my login page. The minute, I clear my browsing fields, my padu bookmark also disappears. Is there anyway we can bookmark ‘padu’ on the android phone. 1st registration done yesterday.
Thank you
Maklumat isi rumah tidak dapat di daftarkan, sedangkan semua betul mengikut dokumen asal.*