Permohonan & Pendaftaran Murid PPKI Tingkatan 1 & Tingkatan 4
Untuk ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya boleh membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 Pendidikan Khas untuk tahun 2025 melalui sistem ePKHAS atau membuat pendaftaran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan dan permohonan dihantar tepat pada masanya untuk memastikan kelayakan anak anda dipertimbangkan. Semoga berjaya!
Apa Itu PPKI
- Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menegah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
- Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
- Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Syarat Pendaftaran Murid Ke PPKI
Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
- Telah mengikuti proses P&P di sekolah
- Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas
- Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
- Pembelajaran (IPMBDP) dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah pembelajaran
- Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU
- MBK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis daripada penyelia PDK.
Cara Pendaftaran Murid Ke PPKI
Berikut adalah merupakan tatacara pendaftaran murid ke PPKI iaitu:
- Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan doctor
- Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN
- Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang BPPOKU pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM
Proses Pendaftaran Murid Ke PPKI
Proses kemasukan murid ke PPKI bergantung kepada permohonan murid baru dan permohonan rayuan murid seperti carta alir dibawah:
Apa Itu Pendidikan Khas
murid berkeperluan pendidikan khas adalah kanak-kanak yang telah diperakukan oleh profesional dalam bidang perubatan atau psikologi sebagai mempunyai ketidakupayaan tertentu. Kategori ini termasuk mereka yang mungkin memerlukan sokongan tambahan dalam proses pembelajaran kerana masalah atau keperluan khusus.
Kategori Murid Berkeperluan Khas
Berikut adalah merupakan antara katagori murid berkeperluan khas iaitu:
- Kurang Upaya Pendengaran: Masalah dengan pendengaran yang memerlukan alat bantu pendengaran atau sokongan lain.
- Kurang Upaya Penglihatan: Masalah dengan penglihatan yang memerlukan alat bantu penglihatan atau persekitaran yang diubah suai.
- Kurang Upaya Pertuturan: Kesukaran dalam bercakap atau berkomunikasi yang memerlukan terapi pertuturan.
- Kurang Upaya Fizikal: Masalah dengan mobiliti atau fungsi fizikal yang memerlukan bantuan alat atau perubahan persekitaran.
- Masalah Pembelajaran: Kesukaran dalam memproses maklumat atau pembelajaran yang memerlukan teknik pengajaran khas.
- Pelbagai (Multiple Disabilities): Kombinasi beberapa jenis ketidakupayaan yang memerlukan pendekatan pendidikan yang menyeluruh.
Senarai Sekolah Pendidikan Khas
Berikut adalah merupakan senarai sekolah pendidikan khas yang terdapat di Malaysia iaitu:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK):
- SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
- SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
- SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
- Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV):
- SMPKV Shah Alam, Selangor
- SMPKV Indahpura, Johor
- SMPKV Kuantan, Pahang
- SMPKV Merbok, Kedah
- Kolej Vokasional:
- Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Tarikh Permohonan Sekolah Pendidikan Khas
Permohonan akan mulai dibuka pada 1 Ogos 2024 (Khamis) hingga 29 September 2024 (Ahad).
Syarat Kelayakan Sekolah Pendidikan Khas
Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Calon dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Berkeupayaan mengurus diri
Cara Permohonan ePKHAS (Sekolah Pendidikan Khas)
Kepada ibu bapa yang berminatat untuk menghantar anak ke Sekolah Pendidikan Khas, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:
- Layari laman web ePKHAS.
- Klik ‘Login’ dan pilih ‘Login Ibu Bapa/Penjaga.’
- Klik ‘Daftar Pengguna’ dan isi maklumat yang diperlukan.
- Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat:
- Maklumat murid
- Maklumat ibu bapa/penjaga
- Maklumat akademik/kemahiran
- Penglibatan kokurikulum/jawatan
- Maklumat disiplin
- Buat pengesahan dan hantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan atau memerlukan bantuan tambahan atau mempunyai sebarang soalan, jangan ragu untuk menghubungi pihak yang berkenaan di laman web ePKHAS.
Artikel Lain: