Bagaimanakah Cara Dapatkan Penyata Bank HSBC?
Penyata bank HSBC merupakan ringkasan transaksi kewangan yang terdapat dalam akaun bank individu atau perniagaan. Ia mencatat aliran debit dan kredit, termasuk pemindahan wang masuk dan keluar. Penyata bank penting untuk pelbagai urusan seperti pembelian rumah, pinjaman, dan lain-lain.
Cara Dapatkan Penyata E-mel HSBC
Penyata E-mel
Penyata e-mel dari HSBC adalah versi PDF penyatabank anda yang dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar dan menerima e-penyata:
- Daftar untuk HSBC Online Banking.
- Log masuk ke HSBC Online Banking.
- Klik pada menu Profil dan pilih Communication Preferences.
- Pilih Statements.
- Matikan Penyata Kertas untuk beralih kepada e-penyata.
eStatement
eStatement adalah versi elektronik penyata kertas anda yang menawarkan maklumat yang sama dengan penyata salinan cetak. Anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel perbankan online anda apabila eStatement anda sudah siap untuk dilihat atau dimuat turun.
Cara Semak eStatements / eAdvice Penyata Bank HSBC
Melalui HSBC Online Banking
- Log masuk ke HSBC Online Banking.
- Pilih menu Services.
- Pilih Change your statement preferences.
- Pilih Online only untuk memilih e-penyata.
Melalui Aplikasi Mudah Alih HSBC Malaysia
- Log masuk ke aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia anda.
- Buka Profil dan pilih Communication Preferences.
- Pilih Statements dan matikan Paper statements untuk memilih e-penyata.
Langkah-langkah Semak Penyata Bank HSBC
Melalui HSBC Online Banking
- Log masuk ke HSBC Online Banking.
- Pilih View Statements.
- Pilih jenis Penyata dan Akaun yang ingin anda lihat.
Melalui Aplikasi Mudah Alih HSBC Malaysia
- Buka aplikasi HSBC Mobile Banking.
- Pilih akaun yang ingin anda lihat.
- Pilih View Statements.
Artikel Lain
LOGIN HSBC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING
TUKAR NO HSBC BANK(Update Mobile Phone Number)