GIATMARA 2022 (Permohonan Kursus 6 Bulan Elaun RM200)

GIATMARA 2022 (Permohonan Kursus 6 Bulan Elaun RM200)

GIATMARA

PERMOHONAN GIATMARA 2022 ONLINE bagi ambilan Januari masih dibuka kepada sesiapa yang berminat. Jangan lepaskan peluang ini.

 

INFO MENGENAI PERMOHONAN GIATMARA 2022 ONLINE 

GIATMARA merupakan sebuah institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas. Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak industri dan ekonomi di dalam dan luar negara.

Penubuhan asal GIAT MARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional khusus kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan .

 

 

SYARAT PERMOHONAN GIATMARA 2022 ONLINE

Bagi yang ingin memohon dan mengikuti kursus di giat mara, anda haruslah memenuhi syarat di bawah

  • Tubuh badan anda mestilah dalam keadaan sihat
  • Anda mestilah terdiri daripada kumpulan bumiputera di Malaysia
  • Anda mesti ada kebolehan asas seperti membaca menulis dan memang minat untuk belajar di pusat giat mara malaysia
  • Umur anda mesti 15 tahun dan ke atas. Orang tua termasuk
  • Umur 60 tahun pun boleh masuk. Tiada had umur
  • Mesti ada minat mendalam dengan kursus giat mara yang anda mohon

 

KELEBIHAN PELATIH GIATMARA

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)

 

YURAN BAYARAN KEMASUKAN GIATMARA 2022

Untuk yang dapat pengajian untuk 6 bulan lamanya, anda akan kena bayar yuran giat mara pada kadar yang sangat-sangat rendah dan murah

  • Yuran pendaftaran giatmara sejumlah RM365
  • 2 helai baju t shirt warna biru yang sering kali anda nampak. Yang ini berharga RM60 untuk 2 helai.

 

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN di PERMOHONAN GIATMARA 2022 ONLINE

Senarai kursus yang ditawarkan bagi tahun 2022 adalah seperti senarai berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kursus Kluster Fabrik
  4. Kluster Elektronik Mekatronik
  5. Kursus Kluster Kulinari
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kluster Senibina
  11. Kursus Kluster Pengangkutan
  12. Kursus Kluster Creative Media

Kursus Pensijilan

  1. Sijil Profesional GIAT MARA
  2. Sijil Kemahiran GIAT MARA
  3. Sijil Modular GIAT MARA
  4. Sijil Teknologi GIAT MARA
  5. Sijil Kehadiran GIAT MARA
  6. Sijil Kemahiran Warisan GIAT MARA
  7. Sijil Perantisan GIAT MARA
  8. Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
  9. Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  10. Sijil Kemahiran Malaysia
  11. Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  12. Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  13. Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

 

CARA  PERMOHONAN GIATMARA 2022 ONLINE

Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan untuk memohon  permohonan:

i) Pendaftaran Online

  • Untuk pendaftaran pemohon boleh layari laman web : www.giatmara.edu.my atau boleh terus isi borang online di sini: http://gspel.giatmara.edu.my/my/utama/aplikasi

ii) Pendaftaran Manual

  • Pemohon boleh muat turun borang permohonan secara manual dalam link yang tertera di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.
  • http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf
  • Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIAT MARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan @ sila ke GIAT MARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

 

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2022

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran dan permohonan bagi tahun 2022, sila hubungi Pusat GIAT MARA terdekat atau terus ke HQ GIAT MARA di

WISMA GIAT MARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM ONLINE:CARA MUAT TURUN SLIP PENUH

3 thoughts on “GIATMARA 2022 (Permohonan Kursus 6 Bulan Elaun RM200)”

Leave a Comment