PERSONEL MySTEP:GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN
Untuk pengetahuan anda, semasa pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif MySTEP : PERMOHONAN KERJA JANGKA PENDEK sebagai langkah untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.
DASAR PEROLEHAN PERKHIDMATAN
Untuk perkongsian pada kali ini, kami akan menceritakan mengenai PERSONAL MySTEP. Oleh yang demikian, anda mestilah mengetahui dasar Umumnya dahulu
(a) Penetapan perolehan perkhidmatan MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti yang terpakai kepada pegawai awam.
(b) Penetapan upah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Pengawal.
(c) Personel MySTEP tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.
(d) Personel MySTEP hendaklah mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
(e) Personel MySTEP adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan secara khusus kepada mereka atau apa-apa arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
Anda ada ijazah,nak jadi guru DG41?Boleh mohon bermula 7/7/2021 di portal mySPP
KUASA MELANTIK
Untuk maklumat anda, Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk membuat perolehan perkhidmatan dan penamatan Personel MySTEP dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Ketua Jabatan hanya dibenarkan melaksanakan urusan perolehan perkhidmatan dan penamatan setelah mendapat surat perwakilan kuasa secara bertulis daripada Pegawai Pengawal. Perolehan perkhidmatan hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja (rate for the job).
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN
Bagi jabatan yang ingin dan mendapatkan personal MySTEP, berikut merupakan garis panduan yang kami kongsikan
- Merancang dan menentukan jenis dan output tugas, tempoh perkhidmatan, jumlah yang diperlukan dan kadar bayaran upah
- Mengiklankan pengambilan secara pemberitahuan dalaman atauapa-apa kaedah lain yang sesuai;
- Melaksanakan tapisan pengambilan melalui kaedah yang bersesuaian seperti temu duga;
- Membuat tawaran kontrak dan menetapkan syarat-syarat kontrak kepada calon yang dipilih.
- Memaklumkan calon yang terpilih supaya mengemukakan penerimaan tawaran pengambilan
- Memaklumkan Personel MySTEP supaya melaporkan diri bertugas mengikut tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran;
- Mengarahkan Personel MySTEP untuk menghadiri latihan yang bersesuaian supaya dapat melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan, jika perlu;
- Merekodkan maklumat perkhidmatan mengikut kaedah bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan;
- Memastikan pembayaran upah dilaksanakan berdasarkan output yang telah ditentukan;
- Memastikan calon yang dipilih diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar);
- Memastikan Personel MySTEP menandatangani –
- Surat Penerimaan Tawaran
- Kontrak
- perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]
- Menentukan kaedah penilaian serta pembuktian pencapaian output dan kadar pemotongan upah sebelum upah boleh dibayar kepada Personel MySTEP;
- Memastikan sekiranya berlaku penamatan kontrak atau kontrak tamat tempoh, Personel MySTEP hendaklah –
- mengemukakan/ mengembalikan kepada Kerajaan apa-apa peralatan, dokumen, material dan apa-apa perkara lain yang diberikan untuk kegunaan sepanjang tempoh perkhidmatan;
- meninggalkan premis Kerajaan dan mengeluarkan apa-apa peralatan, dokumen, material dan apa-apa perkara lain kepunyaan Personel dari premis Kerajaan atas kos dan perbelanjaan Personel MySTEP sendiri; dan
- menghapus, memadam dan tidak menyimpan apa-apa dokumen, material dan apa-apa maklumat rasmi/ perkara rasmi Kerajaan dalam apa-apa peralatan/ peranti mudah alih milik Personel MySTEP.
- Memastikan Garis Panduan ini serta peraturan kewangan yang berkuat kuasa dipatuhi sepenuhnya. Sebarang penyalahgunaan/ ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan serta dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Garis Panduan ini boleh menyebabkan Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan dikenakan tindakan tatatertib; dan
- Mengemukakan laporan bulanan pengambilan kepada Unit LAKSANA, Kementerian Kewangan
PENETAPAN KADAR UPAH
Penetapan kadar upah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Pengawal. Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis atau kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Sebagai contoh, seseorang Personel MySTEP yang mempunyai ijazah boleh dibayar upah setara dengan kelayakan diploma sekiranya jenis atau kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian/ Jabatan hanya memerlukan kemahiran bertaraf diploma.
KAEDAH BAYARAN UPAH
Pegawai Pengawal hendaklah menetapkan kaedah bayaran upah secara bulanan dan akan dibayar pada akhir bulan. Kegagalan mencapai sasaran output boleh menyebabkan upah tidak akan dibayar atau dipotong mengikut kadar/ formula yang ditetapkan dalam kontrak.
Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP. Kadar upah bulanan termasuk caruman PERKESO dan KWSP
MAKLUMAT LANJUT
anda boleh klik di sini bagi mengetahu maklumat lanjut dan boleh menghubungi :
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Telefon: 603 8000 8000
Emel : [email protected]
ARTIKEL LAIN
MySTEP : PERMOHONAN KERJA JANGKA PENDEK(Kontrak & Kauto OKU)
Sya sudh menghantar resume ke mystep hrp tuan/puan melihat nya.
Great! Thank you!
bolehkah umur 40 an mohon kerja mystep
Memandangkan tiada ketetapan umur di dalam garis panduan mystep, mohon pencerahan bagi pegawai pendidikan yang telah berpencen, adakah layak untuk memohon mystep?