CARA PRINT STATEMENT MBSB BANK ONLINE (Muat Turun Cetak mbsbjourney.com)
Kepada para pelanggan MBSB Bank, semestinya anda perlu daftakan perkhidmatan online banking bagi meudahkan anda untk lakukan pelbagai transaksi dan menyemak penyata bulanan anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara print statement MBSB Bank secara online menerusi mbsbjourney.com, semoga membantu.
APA ITU MBSB BANK
MBSB Bank merupakan salah satu bank yang menjalankan perniagaan perbankan Islam di Malaysia. MBSB Bank telah diberikan lesen oleh BNM (Bank Negara Malaysia) serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013.
MBSB Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan lain-lain.
TUJUAN PRINT STATEMENT MBSB BANK
Semestinya terdapat banyak sebab untuk anda memerlukan penyata terkini MBSB Bank. Antara seperti berikut:
- Membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi MBSB.
- Untuk lihat transaksi MBSB Bank terkini
- Cetak untuk simpanan
- Untuk diberikan kepada pihak majikan bagi membuka akaun gaji.
- Untuk membuat sebarang tuntutan
CARA DAFTAR MBSB ONLINE BANKING
Terlebih dahulu, sebelum anda daftar MBSB online banking, anda seharusnya mempunyai akaun MBSB Bank yang aktif . Berikut adalah cara daftar MBSB Online Banking:
- Layari laman rasmi MBSB Bank
- Tekan butang NEW USER?REGISTER NOW.
- Terdapat dua pilihan untuk daftar iaitu:
- Debit card
- Financing Account
- Sekiranya anda pilih debit card tekan Register Now
- Masukkan No Debit card anda
- Masukkan 6 Digit Pin anda
- Masukkan Catcha yang tertera,
- Tekan Next
- Sekiranya anda pilih Financing Account tekan Register Now
- Masukkan Financing Account No anda
- Pilih ID Type – Sekiranya pilih new IC
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Masukkan Catcha yang tertera,
- Tekan Next
- Seterusnya masukkan maklumat peribadi Anda pada bahagian Personal Details.
- Kemudian ikuti panduan seterusnya sehingga pendaftaran Anda berjaya.
- Selesai, anda telah bejaya daftarakan akaun anda
CARA PRINT STATEMENT MBSB BANK ONLINE
Berikut adalah merupakanc ara untuk mencetak penyata akaun MSBS Bank anda iaitu:
- Layari laman web rasmi MBSB Bank dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama MBSB M JOURNEY onlin, klik pada Services
- Kemudian Klik View Your e-Statements > Klik View PDF
- Pilihan e-Statement akan dipaparkan di skrin
- Pilih bulan dan tarikh seperti yang anda kehendaki
- Download statement MBSB Bank yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
- Tekan butang Print
- Selesai, anda telah mencetak penyata akaun anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai MBSB Bank online Banking atau sebarang persoalan, anda boleh merujuk:
- Layari web rasmi MBSB: mbsbbank.com
- Hubungi Perkhidmatan Pelanggan: 03 – 2096 3000
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN: