Program JUMPER PNB Untuk Siswazah Bumiputera
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kini membuka pintu permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Program JUMPER PNB.
Program JUMPER ini, yang telah ditubuhkan sejak tahun 2009, telah berjaya melatih lebih daripada 4,256 peserta dengan nilai pembiayaan keseluruhan mencapai RM20.9 juta. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan siswazah belia, khususnya bumiputera, untuk menyertai bidang keusahawanan melalui konsep latihan perantisan bersama mentor yang berpengalaman dalam industri perniagaan.
Apakah Program JUMPER PNB?
Program ini menawarkan latihan keusahawanan yang intensif di bawah bimbingan mentor yang terpilih.
Tarikh Tutup Permohonan Permohonan untuk tahun ini perlu dihantar sebelum 30 April 2024.
Syarat Kelayakan Untuk memohon, calon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Siswazah bumiputera berumur 30 tahun dan ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
- Memegang Ijazah, Diploma, atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan (MQA).
- Memiliki minat atau pengalaman dalam bidang perniagaan.
- Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat mentor yang terpilih.
- Komited untuk menjalani program latihan sepenuh masa selama 8 bulan.
Keistimewaan Program Antara faedah yang ditawarkan dalam Program JUMPER PNB termasuk:
- Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.
- Bimbingan daripada mentor berpengalaman.
- Kursus keusahawanan, pemantauan, dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang tempoh latihan.
- Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 atau RM300,000 untuk perniagaan berkonsep yang patuh syariah.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal PNB di pautan berikut:
https://entreportal.punb.com.my/login
Sebelum mengemukakan permohonan, calon dinasihatkan untuk:
- Membaca dan memahami semua butiran berkaitan Program JUMPER PNB seperti yang tertera di portal rasmi PUNB.
- Memastikan bahawa mereka memenuhi semua syarat kelayakan program.
- Pastikan semua ruangan dalam borang permohonan diisi dengan lengkap dan tepat.
- Memuat naik salinan kad pengenalan, sijil akademik tertinggi, dan resume semasa menghantar permohonan.
- Pemohon yang sedang berniaga perlu menyertakan salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank untuk tempoh dua bulan terkini.
Hanya permohonan yang lengkap dan sahih akan dipertimbangkan.
Proses Permohonan
Proses permohonan Program JUMPER PNB melibatkan langkah-langkah berikut:
- Pendaftaran dan semakan kelayakan.
- Panggilan temuduga bagi calon yang layak.
- Pengumuman kepada calon yang berjaya dipilih untuk menyertai program.
- Temuduga bersama mentor dan penempatan peserta untuk memulakan latihan.
- Kehadiran kursus induksi dan motivasi keusahawanan.
- Laporan diri dan mula menjalani latihan.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Bagi sebarang pertanyaan mengenai Program JUMPER PNB, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel ke [email protected]. Maklumat tambahan boleh didapati di laman web rasmi PUNB atau melalui Facebook PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD.
Sumber: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Artikel Lain > PEMBIAYAAN MARA (Permohonan Perniagaan)