Rayuan AKPK(Penjadualan Semula Program DMP AKPK)

Bagaimanakah Cara Buat Rayuan AKPK?

Jika anda pernah terlibat dengan program AKPK dan ingin membuat penjadual semula program seperti DMP AKPK,jadi anda perlu buat rayuan.

Punca Anda Perlu Buat Rayuan Semula AKPK

1. Apakah yang menyebabkan penamatan Program PPK?

Program Pengurusan Kewangan Peribadi (PPK) boleh ditamatkan dalam keadaan berikut:

  • Apabila pelanggan gagal membuat pembayaran ansuran bulanan.
  • PPK akan dihentikan secara automatik jika pembayaran ansuran bulanan tidak dilaksanakan.
  • Pelanggan hanya berpeluang untuk mendaftar semula dalam PPK sekali sahaja.

2. Apa kesan daripada penamatan Program PPK?

Apabila PPK ditamatkan, kesannya termasuk:

  • a) Segala penangguhan tindakan undang-undang akan dibatalkan dan bank akan meneruskan prosiding undang-undang.
  • b) Terdapat risiko untuk menghadapi gangguan daripada pemungut hutang.
  • c) Jumlah bayaran ansuran akan mengikut jumlah asal yang dikenakan.

3. Apa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penamatan Program PPK?

Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membayar ansuran bulanan dan ingin mengelakkan penamatan PPK:

  • Hubungi AKPK secepat mungkin untuk mendiskusikan dan mencari penyelesaian yang sesuai.

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai AKPK, anda boleh melayari portal rasmi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di pautan https://www.akpk.org.my/my

Artikel Lain

Gagal Buat Bayaran AKPK(Sebab Kena Reject)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *