Bagaimanakah Cara Tambah Saham Co-opbank Pertama?
Co-opbank Pertama (CBP) telah memudahkan ahlinya dengan menyediakan kemudahan untuk menambah saham secara online melalui JomPAY. Anda boleh melakukan langkah-langkah berikut untuk tambah saham CBP menggunakan Maybank2u
Langkah 1: Log Masuk ke Maybank2u
- Buka laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan seperti biasa.
Langkah 2: Akses Tab ‘Pay & Transfer’
- Selepas log masuk, pilih tab ‘Pay & Transfer’ di bahagian atas halaman utama.
- Klik pada tab ‘Pay’ untuk meneruskan proses.
Langkah 3: Pilih ‘JomPAY’
- Pada bahagian ‘Pay To’, pilih ‘JomPAY’ sebagai kaedah pembayaran.
- Masukkan kod Biller yang betul iaitu 7658 untuk CO-OPBANK PERTAMA. Pastikan kod ini dimasukkan dengan tepat.
Langkah 4: Masukkan Maklumat Pembayaran Saham Co-opbank Pertama
- Di bahagian pembayaran:
- Masukkan ‘Ref-1’ dengan nombor anggota anda.
- Masukkan ‘Ref-2’ dengan nombor MyKad anda.
- Tentukan jumlah tambahan yang ingin anda lakukan ke dalam saham CBP.
- Selepas memasukkan maklumat yang diperlukan, tandakan pada ‘I hereby agree…’ dan klik ‘Pay’ untuk meneruskan pembayaran.
Langkah 5: Buat Pembayaran
- Ikuti arahan seterusnya untuk membuat pembayaran menggunakan Maybank2u seperti biasa sehingga transaksi selesai.
Nota Tambahan
- Tiada caj tambahan dikenakan untuk tambahan saham Coopbank Pertama menggunakan JomPAY.
- Anda boleh melakukan transaksi ini pada bila-bila masa, termasuk di luar waktu pejabat.
- Kadar minimum tambahan adalah sebanyak RM100.
Pengesahan dan Status Saham Co-opbank Pertama
- Tambahan saham akan dimasukkan ke dalam akaun saham anda dalam tempoh 1-3 hari.
- Anda boleh semak status kemasukkan saham secara berkala selepas proses pembayaran selesai.
Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter untuk tambah saham Coopbank Pertama. Pastikan anda mengikuti pengumuman rasmi dari CBP untuk mengetahui bila saham dibuka semula untuk penambahan.
Artikel Lain
CO-OPBANK PERTAMA(Semakan Baki e-Semakan Dividen)