Bagaimanakah Cara Semak Keputusan PSPM?
Dengan penuh sukacita, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengumumkan tarikh keluaran keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Sistem Dua Semester (SDS) Semester II, Sistem Empat Semester (SES) Semester II, dan Sistem Empat Semester (SES) Semester IV bagi Sesi 2023/2024 adalah Semakan PSPM seperti berikut:
Tarikh: 10 Julai 2024 (Rabu) Masa: Bermula jam 10.00 pagi
Cara Semakan Keputusan PSPM: Anda boleh membuat semakan keputusan PSPM dengan beberapa kaedah seperti berikut:
I) Semakan Secara Online:
- Layari laman web “http://matrikulasi.moe.gov.my“
- Pilih menu Semakan Peperiksaan
- Masukkan User ID: No. matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan
Sila muat turun dan simpan slip keputusan selepas melihat.
II) Semakan Melalui SMS: Taip MOE<spasi>MAK<spasi>NoKP dan hantar SMS ke 15888
III) Semakan Melalui Telefon:
- Hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020
- Rujuk kepada kolej masing-masing untuk maklumat lanjut
Permohonan Semakan Semula Keputusan PSPM
Jika perlu, permohonan semak semula keputusan PSPM boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:
- Permohonan hanya boleh dibuat melalui kolej masing-masing.
- Bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM50.00 (tidak termasuk caj dan cukai).
Pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh kolej masing-masing untuk mengelakkan sebarang ketidaksempurnaan dalam proses semakan semula.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di laman web rasmi Matrikulasi KPM.