SEMAKAN SIJIL CERAI ONLINE(Tarikh Bicara Perceraian)

CARA SEMAKAN SIJIL CERAI ONLINE SETIAP NEGERI (Bila Tarikh Bicara Perceraian)

Dalam tempoh perkenalan semuanya indah, jadi sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Melalui portal esyariah.gov.my, terdapat ruangan yang anda boleh semak latar belakang pasangan sama ada mereka pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menerusi nombor kad pengenalan.Bagaimana ingin membuat semakan status sijil cerai secara online dan tarikh bicara? Disini kami kongsikan cara semak melalui potal e-Syariah, semoga membantu.

CARA SEMAKAN SIJIL CERAI ONLINE SETIAP NEGERI

Semakan status perkahwinan melalui IC boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi e-Syariah. Berikut adalah langkah-langkah semak status perkahwinan pasangan:

  1. Layari laman portal rasmi E-Syariah esyariah.gov.my
  2. Pada ruangan semak status kes, pilih Mal (penerangan berkenaan Mal ada di bawah)
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan atau IC, klik butang Cari.
  4. Senarai maklumat mengenai pasangan Anda akan terpapar secara detail seperti:
    • Jenis Kes:
    • KP Semasa:
    • Jumlah Rekod:
  5. Keputusan carian berkenaan semakan juga akan dipaparkan:
    • No
    • No Kes
    • Status
    • Tarikh Bicara
  6. Jadi, jika akan dalam proses perceraian, akan boleh melihat tarikh perbicaraan di Mahkamah Syariah seperti yang terpapar
  7. Selesai

APA ITU KES MAL

Kes Mal ialah permohonan atau tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain berdasarkan bidang kuasa Mahkamah.

KATAGORI PENDAFTARAN KES MAL

Terdapat 2 jenis kategori pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:

  1. Kes Tuntutan; dan
  2. Kes Permohonan.

JENIS KES PENGKELASAN MAL

Jenis-jenis kes di bawah pengkelasan MAL adalah seperti berikut:

  • Rayuan
  • Permohonan Kebenaran Merayu
  • Semakan
  • Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
  • Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan
  • Permohonan Pengesahtarafan Anak
  • Tuntutan Pengesahan Waqaf
  • Tuntutan Pengesahan Nazark
  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan
  • Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah
  • Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami
  • Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
  • Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama
  • Tuntutan Fasakh
  • Permohonan Anggapan Mati
  • Tuntutan Muta’ah
  • Tuntutan Harta Sepencarian
  • Tuntutan Nafkah Isteri
  • Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
  • Tuntutan Cagaran Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Eddah
  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
  • Tuntutan Tunggakan Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Anak
  • Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  • Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  • Permohonan / Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah
  • Tuntutan Hadhanah
  • Tuntutan Pemecatan Penjaga Anak
  • Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Yang Belum Dewasa
  • Permohonan Penjaga Anak Yatim
  • Permohonan Pembekuan Transaksi Harta
  • Permohonan Penguatkuasaan Perintah Nafkah
  • Permohonan Pelaksanaan Perintah Mahkamah
  • Tuntutan Ganishmen/Hiwalah
  • Permohonan Perintah Menghina Mahkamah
  • Tuntutan Penghutang Penghakiman
  • Permohonan Perintah Interim
  • Permohonan Pengesahan Wasiat
  • Permohonan Sijil Faraid / Akuan Pusaka
  • Permohonan Interlokutori
  • Permohonan Faraq Nikah
  • Permohonan Keluar Islam
  • Permohonan Pengesahan Hibah
  • Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut
  • Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris
  • Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin
  • Permohonan Interplider
  • Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
  • Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur
  • Permohonan Wali Hakim/Am
  • Tuntutan Wali Enggan/Engkar
  • Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan yang bercerai tanpa eddah / Janda Berhias
  • Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Tuntutan Perceraian
  • Tuntutan Khuluk / Tebus Talaq
  • Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik
  • Tuntutan Sabitan Nusyuz
  • Tuntutan Hak Tempat Tinggal
  • Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
  • Permohonan Pengesahan Rujuk

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari porta rasmi E-Syariah di pautan http://www.esyariah.gov.my/

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN REKOD JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN (Guna Nombor IC)

Share your love

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *