SYABAS: Skim Jaya Usahawan Belia Sabah 2024
Belia di negeri Sabah yang berminat untuk membangunkan perniagaan mereka dialu-alukan untuk memohon Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2024 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).
Mengenai SYABAS
SYABAS merupakan sebuah program untuk menyokong belia yang terlibat dalam bidang keusahawanan di Sabah. Program ini menawarkan bantuan kewangan serta latihan untuk membantu mereka memperluaskan dan memperkukuhkan perniagaan mereka di negeri Sabah.
Objektif Utama
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu belia Sabah dalam bidang keusahawanan supaya dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.
Jumlah Bantuan Geran Skim Jaya Usahawan Belia (Syabas)
Belia yang layak akan menerima geran sebanyak RM2,000.00 untuk membantu dalam pengembangan perniagaan mereka.
Syarat Permohonan
Syarat-syarat untuk memohon SYABAS adalah seperti berikut:
- Permohonan dilakukan secara atas talian melalui Google Form atau borang permohonan yang disediakan.
- Terbuka kepada belia Sabah berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat permohonan.
- Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sabah (salah satu ibu atau bapa berasal dari Sabah).
- Belum pernah menerima bantuan dari SYABAS siri pertama.
- Dokumen permohonan termasuk bukti lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), salinan Kad Pengenalan yang disahkan, penyata akaun bank syarikat untuk 3 bulan, gambar premis perniagaan (jika ada), serta dokumen sokongan seperti sijil-sijil, gambar produk atau perkhidmatan, resit, dan dokumen lain yang berkaitan dengan perniagaan.
Cara Memohon Skim Jaya Usahawan Belia (Syabas)
Untuk memohon, sila lengkapkan maklumat permohonan melalui pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSea9XhjlX726dI7hOOskurjsHX1Uxp1-_xl-AxwJPVYq9–Hw/viewform?pli=1
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan Sabah di: https://www.kbs.sabah.gov.my
Program SYABAS merupakan peluang yang baik untuk belia Sabah yang berminat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. Dengan sokongan dari kerajaan, diharapkan dapat memajukan ekonomi belia di Sabah melalui keusahawanan yang berdaya maju.
Artikel Lain > RUMAH MAMPU MILIK SABAH(lppb.gov.my)
Saya layak ka memohon