SSP BSN 2024: Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN
SSP BSN atau Sijil Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional adalah produk simpanan yang unik yang diperkenalkan sejak 1978. Berbeza dengan simpanan konvensional, SSP menawarkan peluang untuk memenangi hadiah menarik setiap bulan serta peluang untuk memenangi RM1,000,000.
Keistimewaan SSP BSN
SSPBSN menawarkan pelbagai keistimewaan:
- Produk simpanan Patuh Syariah yang dijamin oleh kerajaan.
- Hadiah cabutan bertuah yang tidak dikenakan cukai pendapatan.
- Peluang untuk memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman dan Pembiayaan Peribadi sehingga 95% dari jumlah SSP.
- Cabutan SSPBSN RM1 juta bermula dari bulan Februari hingga Disember 2024.
Tarikh Cabutan SSP BSN 2024
Berikut adalah tarikh cabutan sepanjang tahun 2024:
Januari – 03/02/2024
Februari – 02/03/2024
Mac – 06/04/2024
April – 04/05/2024
Mei – 01/06/2024
Jun – 06/07/2024
Julai – 03/08/2024
Ogos – 07/09/2024
September – 07/10/2024
Oktober – 05/11/2024
November – 07/12/2024
Disember – 04/01/2025
Kategori Cabutan Dan Hadiah SSP BSN Yang Ditawarkan
Berikut adalah butiran lengkap mengenai kategori cabutan dan hadiah yang ditawarkan dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN untuk tahun ini:
Kategori Cabutan Dan Hadiah Yang Ditawarkan
- Cabutan Jutawan
- RM1,000,000 setiap bulan
- RM2,000,000 (Cabutan bulan Disember)
- Cabutan Bulanan
- RM100,000 setiap bulan
- RM10,000 setiap bulan
- Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50
- Audi Q3 – 1 (Cabutan bulan Mei)
- BMW iX1 – 1 (Cabutan bulan November)
- RM50,000 x 5 setiap bulan
- RM500 x 50 setiap minggu
- Cabutan Simpanan Konsisten
- Mercedes A200 Sedan x 1 (Cabutan bulan Mac)
- Mini Cooper Countryman x 1 (Cabutan bulan Jun)
- Volvo Xc40 Recharge x 1 (Cabutan bulan September)
- BMW i4 Gran Coupe x 1 (Cabutan bulan Disember)
- RM10,000 x 2 (Bulan cabutan Mac, Jun, September, Disember)
- Cabutan Wilayah
- Perodua Myvi 1.5 Auto x 1
- RM200 x 300 setiap wilayah
- Pembahagian Wilayah: Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak), Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), Tengah (Kuala Lumpur, Selangor), Malaysia Timur (Sabah, Sarawak)
- Cabutan Penyimpan Muda
- Baucar Apple (RM20,000) x 2 setiap bulan cabutan
- Baucar Apple (RM10,000) x 2 setiap bulan cabutan
- RM5,000 x 3 setiap bulan cabutan
- Cabutan Kesetiaan
- RM50,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM30,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM5,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- Cabutan Penyimpan Baru
- RM50,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM30,000 x 1
- RM5,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- Cabutan Istimewa Guru dan Pekerja Barisan Hadapan
- RM50,000 x 1 setiap bulan
- RM10,000 x setiap bulan
- Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)
- RM50,000 x 1 setiap bulan (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM30,000 x (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM5,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- Bonus Tambahan : Bagi penyimpan lima (5) tahun dan ke atas, tambah simpanan minimum RM500 untuk gandaan penyertaan bagi cabutan seterusnya.
Syarat-Syarat Menyertai BSN SSP
Seperti semua produk perbankan, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pelanggan yang ingin menyertai SSP BSN:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing dengan alamat tetap di Malaysia
- Umur minimum 12 tahun
- Simpanan minimum RM10 (1 unit), tanpa had maksimum
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat deposit, sila layari pautan berikut: Syarat Deposit SSP BSN
Cara Menyimpan dengan SSPBSN
Terdapat 6 cara untuk menyimpan dengan SSP :
- Melalui Perbankan SMS
- Melalui Mesin ATM
- Melalui Mesin Deposit Tunai (dengan kad ATM/Debit BSN)
- Melalui Mesin Deposit Tunai (tanpa kad ATM/Debit BSN)
- Melalui Perbankan Internet myBSN
- Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
Cara Semakan Keputusan Tarikh Cabutan SSP BSN 2024
Anda boleh menyemak keputusan SSP Bank Simpanan Nasional melalui 3 cara:
- Melalui Perbankan Internet myBSN
- Melalui Cawangan/Kaunter BSN
- Melalui Facebook BSN
Cara Membuat Tuntutan Dividen/Jualan Balik
Anda boleh membuat tuntutan dividen SSP di cawangan Bank Simpanan Nasional dengan mengisi borang pengeluaran dan membawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi pegawai BSN di talian 03-21623222 atau layari laman web BSN di www.mybsn.com.my. Anda juga boleh berurusan terus di Unit BSNSSP, Bahagian Deposit & Inisiatif Kerajaan, Tingkat 8, Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sumber: Bank Simpanan Nasional (BSN)
Artikel Lain > mybsn.com.my DAFTAR ONLINE BANKING Kali Pertama