Pusat beli belah The Exchange TRX Mall telah dibuka untuk pengunjung pada bulan November lalu. Pusat beli belah ini menempatkan pelbagai butik jenama mewah, dan sejak itu, telah menjadi tumpuan utama orang ramai.Dimanakah lokasi Surau di TRX Mall?
Kunjungan beberapa selebriti antarabangsa baru-baru ini ke TRX Mall telah menambah lagi populariti tempat ini. Sudah pasti setiap bahagian pusat beli belah mengalami kesesakan dengan kunjungan peminat yang ramai. Ini termasuk tandas dan surau untuk kegunaan umat Islam, yang turut dipenuhi dengan pengunjung.
TRXMall mempunyai dua buah surau, satu di aras Concourse dan satu lagi di taman. Berikut adalah panduan untuk membantu anda mengenal pasti surau-surau tersebut:
Lokasi Surau TRX Mall
Ambil pintu masuk sebelah Uniqlo @ TRX Link (berdepan stesen MRT)
Turun escalator satu level ke bawah (ke Concourse Level)
Masuk lorong disebelah kiri antara Typo & Uniqlo,anda akan nampak logo surau
Lokasi Surau TRX Mall Kawasan Taman TRX City Park
Untuk mencari Surau di Kawasan Taman TRX City Park di TRX Mall:
- Ambil arah kiri dari Taman Permainan.
- Teruskan berjalan dan anda akan melihat jambatan di sebelah kiri.
- Surau tersebut terletak di dekat jambatan.
Lokasi Surau TRXMall Solat Jumaat
Surau Al-Nur TRX dibina dengan reka bentuk konsep terbuka, dimana struktur bangunan yang mudah ditembusi cahaya bersesuaian dengan namanya. Cahaya semulajadi yang menembusi struktur tingkap kaca dan juga melalui liang-liang dinding, menimbulkan konsep yang cerah, bersih dan moden.
Untuk solat Jumaat di Surau TRXMall:
- Dari Menara Prudential, lintas jalan ke arah barat.
- Selepas melintas, belok ke kiri.
- Anda akan menjumpai Surau Al-Nur @ TRX.
Artikel Lain
PARKING RATE (Lokasi Shopping Mall /Bangunan)