Permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak 2024

Apa itu Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk?

Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sedang menerima permohonan untuk Skim Bantuan Am Pelajaran 2024, yang bertujuan memberi bantuan kepada pelajar untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.

Skim ini adalah bantuan zakat yang diberikan kepada pelajar untuk mempersiapkan diri ke IPTA atau IPTS yang diiktiraf di Malaysia. Bantuan ini berbentuk kewangan, dengan jumlahnya berbeza mengikut peringkat pengajian.

Matlamat MAIPk

Matlamat utama MAIPk adalah membantu pelajar dari keluarga fakir dan miskin, khususnya anak-anak Perak, dalam melanjutkan pengajian mereka.

Tempoh Permohonan

Tarikh permohonan tidak boleh melebihi 3 bulan dari tarikh pendaftaran ke IPTA/IPTS.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV): RM800.00
  • DIPLOMA / DPMV (KV): RM1000.00
  • IJAZAH: RM1000.00

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan permohonan termasuk:

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  • Menerima tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi
  • Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran
  • Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh pengajian tidak kurang dari 12 bulan
  • Pengajian DPLI/PJJ/Pasca siswazah tidak layak
  • Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak

Cara Memohon Bantuan Pelajaran MAIPk

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk

Info Lanjut dan Pertanyaan Bantuan Pelajaran MAIPk

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MAIPk di:

Dengan adanya Skim Bantuan AmPelajaran MAIPk, diharap dapat membantu meringankan beban para pelajar dalam mengejar impian akademik mereka.

Artikel Lain >RUMAH MAMPU MILIK PERAK lphp.perak.gov.my

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *