Permohonan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Kedah

Pengenalan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Negeri Kedah

Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) adalah inisiatif dari Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu pesakit kronik dan terlantar dengan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM500.00 secara sekaligus kepada pesakit atau penjaga mereka.

Syarat Permohonan BSPT

Untuk memenuhi syarat permohonan, calon perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Kedah.
  • Pesakit kronik atau pesakit terlantar yang memerlukan rawatan atau penjagaan berterusan.

Dokumen yang Diperlukan BSPT

Dalam proses permohonan, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Pesakit (jika pemohon adalah penjaga).
  • Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran Sementara OKU (jika perlu).
  • Laporan Perubatan dari Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan.
  • Salinan Bil Utiliti seperti bil air atau elektrik.
  • Penyata Akaun Bank terkini yang masih aktif.
  • Gambar berwarna pemohon atau pesakit (jika pemohon adalah penjaga).

Permohonan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Negeri Kedah

Borang permohonan boleh didapati di:

  • Semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  • Semua Pejabat Penghulu Mukim.
  • Semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.

Setelah mengisi borang, pemohon perlu menghantar bersama dokumen yang diperlukan.

Senarai Penyakit Kronik

Beberapa contoh penyakit kronik termasuk:

  • Kanser.
  • Serangan Jantung.
  • Pulmonary Hypertension.
  • Sakit Buah Pinggang Kronik.
  • Sakit Hati (Liver) Kronik.
  • Penyakit Parkinson.
  • HIV dan AIDS.

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh diperolehi di pejabat kebajikan masyarakat daerah atau pusat khidmat wakil rakyat berhampiran.

Dengan adanya BSPT ini, diharapkan dapat meringankan beban pesakit kronik dan terlantar serta membantu memastikan mereka mendapat rawatan yang diperlukan. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali layak, jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan ini.

Artikel Lain > RUMAH AMAN MAKMUR KEDAH (RAMK)
Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *