Bayaran Akaun 3 KWSP Bila Tarikh Persetujuan Kredit

Apa itu Akaun 3 KWSP

Seperti yang diumumkan sebelum ini, proses restrukturisasi akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024. Ramai pasti ingin tahu bila bayaran akaun 3 KWSP akan diproses, dikreditkan ke akaun, dan bagaimana kaedah pengkreditannya.

Mari kita baca maklumat terkini dari KWSP berkenaan dengan pemindahan ke Akaun 3 KWSP.

Restrukturisasi akaun KWSP bertujuan untuk memperkuatkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Maksud Akaun Persaraan Sejahtera Fleksibel

Penstrukturan akaun KWSP melibatkan perubahan dari dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan Akaun 2 dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan kedua-dua akaun tersebut; Memperkenalkan akaun ketiga iaitu “Akaun Fleksibel”; Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Nisbah Akaun Persaraan Sejahtera Fleksibel

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh berkuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Cara Mendaftar Akaun 3 KWSP

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

Syarat Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:

Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel; Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

Baki Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah

Dimana nak buat pilihan pindaan amaun permulaan?

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

KWSP i-Akaun; atau Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Mendaftar / Permohonan Pemindahan Dana Ahli

Boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.

Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.

Tarikh Persetujuan Pemindahan Bayaran ke Akaun 3 KWSP

Selepas mendaftar dan membuat permohonan untuk memindahkan amaun ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel KWSP, bila akan diterima bayaran?

Pilihan pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertentu, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menyarankan agar pengeluaran hanya digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Permohonan Pengeluaran Akaun 3

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

KWSP i-Akaun; atau Kaunter KWSP

Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3 Bayaran bagi Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:

Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat).

Peringatan Penting Kepada Ahli

Ahli yang tidak mempunyai akaun bank dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tarikh Persetujuan / Bayaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Facebook:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Hotline: 03-8922 6000

Laman web rasmi: https://www.kwsp.gov.my

Kenyataan media: https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-

Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3: https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun

Sumber: Soalan Lazim Penstrukturan Semula Akaun KWSP Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *