Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Skim Pelajar Cemerlang Asasi

BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT ASASI (PELBAGAI BIDANG) 2024

Peluang emas menanti untuk anda yang berjaya dalam SPM! Jom mohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Peringkat ASASI (Pelbagai Bidang).

Program ini memberi peluang kepada anda untuk meneruskan pengajian ke peringkat Asasi/Tamhidi di Universiti Awam (UA) dalam negara.

Program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang
Program: Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang
Pusat Pengajian: Pengajian IPTA Dalam Negara
Peringkat Pengajian: Asasi/Diploma (Pelbagai Bidang)
Poster Iklan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2024 untuk pelajar lepasan SPM, dengan gambar pelajar dan maklumat syarat permohonan.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian dari 10 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 (12.00 tengahari).

Syarat Kelayakan

Untuk layak memohon biasiswa ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Lulus SPM tahun semasa dengan memperolehi Gred A (A+, A atau A-) sekurang-kurangnya dalam 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik di peringkat Peperiksaan SPM.
  • Telah mendapat tawaran di Pusat Pengajian Persediaan (Asasi/Tamhidi) atau Diploma di Universiti Awam (UA) dalam negara.

Penawaran Ijazah Pertama

Penawaran biasiswa ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada:

  • Memperolehi keputusan Peperiksaan Cemerlang Peringkat Persediaan (Asasi/Tamhidi) dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 3.75 atau setaraf, dan
  • Memperolehi tawaran kemasukan/mendapat tempat di Universiti Awam (UA) dan keutamaan dalam bidang-bidang pengajian Iktisas dan Kritikal.

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) bermula 10 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 (12.00 tengahari) menerusi https://ytpenajaan.terengganu.gov.my/.

Anda perlu mendaftar ID sekiranya belum mempunyai akaun di laman portal di atas. Maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun adalah: Nama, No Kad Pengenalan, Email, Kata laluan dan pengesahan kata laluan. Kemudian klik daftar. Borang permohonan mesti dilengkapkan dengan memuat naik (upload) semua dokumen yang diperlukan.

Ujian Bertulis & Temuduga

Hanya calon-calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Info Lanjut dan Pertanyaan Biasiswa Yayasan Terengganu

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YayasanTerengganu Peringkat Asasi ini, anda boleh layari https://yt.gov.my/.

Ikuti sosial media Yayasan Terengganu di:

  • Facebook – Yayasan Terengganu
  • Instagram: yayasan.terengganu
  • TikTok: yayasanterengganu72

Artikel Lain RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU(Permohonan)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *