CARA AKTIFKAN GRABPAY WALLET(Daftar & Cara Guna)
Kini di Malaysia kebanyakkan orang sudah mula menggunakan perkhidmatan di dalam talian (online) yang lebih memudahkan pelbagai urusan termasuklah transaksi pembelian online tanpa menggunakan wang tunai, salah satunya adalah GrabPay wallet.Bagaimana cara aktifkan Grabpay wallet? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU GRABPAY WALLET
Grab, merupakan salah satu syarikat perkhidmatan yang menyokong penggunaan e-wallet dan syarikat ini sangat inovatif dalam melengkapkan penggunaan e-wallet digital di dalam kehidupan seharian pengguna.
Hal ini kerana Grab telah menaiktaraf serta mengemaskini ciri – ciri GrabPay yang boleh menghubungkan penggunaan kad kredit serta kad debit pada aplikasi Grab serta turut memperkenalkan ciri – ciri baru yang sangat efektif bagi transaksi harian.
MUAT TURUN APLIKASI
Anda seharusnya memuat turun aplikasi Grab terlebih dahulu, berikut adalah pautan aplikasi
CARA AKTIFKAN GRABPAY WALLET
Setelah anda install aplikasi Grab, berikut adalah cara pengaktifan GrabPay wallet anda:
- Bukan aplikasi Grab anda dan log masuk
- Klik pada tab “Payment” di bar menu di bawah.
- Seterusnya klik pada “Set up GrabPay wallet”
- Isikan butiran yang diperlukan seperti “Nama & Nombor MyKad” anda
- Pada bahagian pengesahan grabpay wallet, anda dikehendaki:
- Ambil gambar ID anda (MyKad) dan muat naik
- Ambil gambar ‘selfie’ bersama Kad Pengenalan anda
- Lengkapkan maklumat peribadi anda
- Anda akan terima pengesahan wallet anda berja diselesaikan di aplikasi Grab anda
- GrabPay Wallet anda sudah siap dan anda sudah siap untuk diisi!
- Tahniah, kerana mengaktifkan dompet anda. Anda sekarang akan dapat menggunakan dompet anda dengan ciri-ciri asas
CARA GUNA GRABPAY WALLET (CARA AKTIFKAN GRABPAY WALLET)
Setelah anda selesai proses pengaktifan seperti di tas, berikut adalahc ara penggunan GrabPay Wallet:
- Anda dikehendaki membuat tambah nilai GrabPay Credits terlebih dahulu.
- Untuk membuat tambah nilai, pengguna perlu klik pada ikon huruf G yang terletak di penjuru kanan atas skrin dan pilih butang Top Up.
- Kemudian, pilih cara untuk membuat tambah nilai sama ada menggunakan wang tunaidi In-Store, perbankan atas talian (online banking) dan menggunakan kad kredit atau kad debit.
- Cara membuat pembayaran guna GrabPay wallet
- Bagi membuat pembayaran di kedai – kedai terpilih, kaedah Scan and Pay akan digunakan di mana pengguna hanya perlu memilih ikon Pay di halaman utama GrabPay.
- Kamera pada aplikasi tersebut akan mengimbas kod QR di kedai tersebut.
- Sekiranya pembayaran berjaya dilakukan menggunakan GrabPay, notifikasi pembelian@pembayaran akan terpapar di skrin dan e-resit transaksi yang telah berjaya akan dipaparkan.
TIPS KESELAMATAN GRABPAY WALLET
Berikut dikongsikan langkah – langkah keselamatan pada GrabPay Wallet anda:
- Set kan kata kunci keselamatan Grab anda. Pergi ke tetapan dalam menu aplikasi Grab dan pilih Setup A PIN.
- Pastikan kata kunci anda sukar diceroboh
- Rahsiakan PIN anda dan jangan kongsikan dengan orang lain
- Sekiranya anda mendapati seseorang telah cuba mengakses ke Grab anda, sila laporkan kepada khidmat pelanggan Grab dengan segera
ARTIKEL LAIN
CARA GUNA MYKAD SEBAGAI TOUCH ‘N GO( Link & Semak Baki Di TnG eWALLET)
LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)
CARA DAFTAR LAZADA WALLET MALAYSIA (AKTIFKAN DAN TOP UP SEBELUM GUNA)
Grabpay tak boleh guna