CARA AKTIFKAN THIJARI(Akaun Tabung Haji Online)
Sekiranya anda mempunyai Akaun Tabung Haji, anda boleh membuat penyemakan akaun dengan lebih mudah menggukan Portal Thijari. Bagaimana cara aktifkan Thijari? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Ketahui juga CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)
APA ITU THIJARI
THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Selain itu fungsi THiJARI adalah merupakan sebuah portal online yang memaparkan berita semasa dan updates mengenai musim haji.
Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.
Buat juga SEMAKAN STATUS TEMUJANJI TABUNG HAJI
MUAT TURUN APLIKASI THIJARI
Anda juga seharusnya memuat turun (download) dan install aplikasi Thijari untuk memudahkan urusan anda seharian:
- Plat store bagi penggunan Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.thijari.app&hl=en&gl=US
- Apple Store bagi pengguna IOS https://apps.apple.com/ca/app/thijari-my/id1497670808
CARA DAFTAR THIJARI
Buat kali pertama, untuk aktifkan Thijari anda dikehendaki daftar telefon bimbit anda terlebih dahulu untu menerima nombor pengesahan (TAC) bagi setiap transaksi. Berikut adalah cara daftar no telefon anda:
- Di Cawangan Tabung Haji
- Pergi kaunter Tabung Haji berhampiran anda. Pastikan ahli yang menghadirkan diri, tidak boleh diwakilkan
- Maklumkan kepada petugas anda ingin mendaftar atau kemaskini nombor telefon anda untuk mendapatkan penghantaran nombor TAC
- Pastikan anda membawa membawa buku akaun simpanan Tabung Haji sekali dan kad pengenalan kerana terdapat proses pengesahan diri yang akan dilakukan melalui ibu jari.
- Melalui Email dan Telefon(Bermula 1 September 2020)
- Ini bermakna, anda boleh membuat panggilan atau e-mel sahaja untuk mengemaskini nombor telefon yang digunakan sekarang bagi tujuan penerimaan kod TAC.
- Jika nombor telefon bimbit yang didaftarkan bukan yang terkini, anda boleh membuat kemaskini seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan 3 bulan bil telefon terkini didaftarkan atas nama pemohon
- Emailkan dokumen tersebut ke: [email protected]
- Tempoh masa yang diambil untuk proses kemaskini adalah 2 hari bekerja.
CARA AKTIFKAN THIJARI
Selepas anda daftarkan No Telefon, anda boleh aktifkan Thijari untuk memudahkan anda menyemak secara online. Berikut adalah merupakan cara aktifkanr Thijari:
- Layari pautan portal Thijari: https://www.thijari.com.my/
- Pada paparan Utama, klik pada DAFTAR
- Isikan maklumat yang diperlukan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Akaun TH
- Tekan seterusnya. Apabila maklumat sepadan, Isi Nombor Telefon Berdaftar
- Seterusnya semak dan sahkan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Akaun TH
- Nombor Telefon Bimbit
- Masukkan nombor TAC yang diterima dalam hanphone anda.
- Isikan butiran yang diperlukan seperti:
- Kata Nama – sebagai Key Pharase
- Kata Laluan – ciptakan kata laluan anda
- Nama Pengguna – masukkan ID Pengguna ada
- Negeri Terkini – isikan negeri terkini anda berada
- Tick kan pada Terma & Syarat
- Tahniah, Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI!
CARA LOGIN THIJARI
Selepas proses pendaftaran seperti di atas, anda boleh Login akaun Thijari anda. Berikut adalah merupakan cara Login:
- Layari pautan portal Thijari: https://www.thijari.com.my/
- Masukkan ID Pengguna anda
- Tekan Log Masuk
- Pastikan kata Nama anda akan terpapar
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan Log Masuk
- Anda telah berjaya Login akaun Thijari anda
CARA SEMAKAN PENYATA AKAUN THIJARI
Untuk membuat semakan penyata akaun Tabung Haji online, berikut adalah caranya:
- Log masuk Thijari anda
- Papa paparan utama Klik pada ‘Ringkasan Akaun’
- Lihat ‘Butiran Akaun’
- Akaun TH anak bawah jagaan juga akan dipaparkan secara automatik setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.
- Anda juga boleh membuat urusan transaksi dengan had amaun berikut:
- Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari
- Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari
MAKLUMAT LANJUT CARA AKTIFKAN THIJARI
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai THIJARI, anda boleh layari web rasmi Tabung Haji di pautan www.tabunghaji.gov.my atau hubungi:
- Phone : +603 – 6207 1919
- SMS : TH < space > query and send it to 33990
- Email : [email protected]