BAGAIMANAKAH CARA TERMINATE COWAY/CUCKOO?
Adakah anda pengguna Coway atau Cuckoo? Semestinya anda mengetehui setiap barangan yang anda melanggan mempunyai tempoh kontrak. Tetapi jika anda ingin batalkan langgan semestinya anda ingin mengetahui caranya, tetapi bagaimana? Disini kami kongsikan cara untuk batalkan kontrak semoga membantu.
Baca juga CARA TERMINATE TAKAFUL/INSURAN
CARA BATALKAN KONTRAK COWAY
Sekiranya anda pelanggan barangan coway disini kami kongsikan serba ringkas panduan untuk batalkan langganan coway.
- Pastikan anda mengetahui syarat asas coway sebelum batalkan langganan:
- Anda perlu menyemak dan memastikan tiada bayaran tertunggak untuk memastikan dapat menamatkan kontrak produk secara mudah dan cepat.
- Kebanyakkan produk coway mempunyai minimum kontrak selama tiga tahun.
- Cara untuk tamatkan langganan produk Coway:
- Call hotline coway 1800888111 atau 0320591000 dan beritahu customer service yang anda nak tamatkan kontrak produk Coway anda dan bersedia untuk pulangkan procuk Coway tersebut.
- Seterusnya tunggu pihak Coway akan collect produk berkenaan dari tempat anda.
- Sekiranya anda batalkan kontrak sebelum tempoh minimum kontarak iaitu tiga tahun, anda dikenakan penalti. Berikut adalah cara pengiraan penalti:
- Isi borong rental termination – Borang boleh diambil daripada agen anda atau lady servis coway.
- Kaedah penggiraan penalti:
- [(Tempoh kontrak minumum – Tempoh penggunaan)/2 X Jumlah bulanan dibayar]
- Contoh, sekiranya anda melanggan pakej rm72, dan anda telah melanggan 2 tahun (24bulan) , berikut adalah penalti yang akan dikenakan; (36bulan – 24bulan)/2 X Rm72 = Rm432.
- Cadangan terbaik sekiranya anda ingin batal langgan sebelum tamat kontrak adalah dengan cara pindah hak milik/tukar nama kepada pengguna baru yang berminat untuk meneruskan pembayaran. Untuk caranya anda boleh menghubungi agen Coway anda.
CARA BATALKAN KONTRAK CUCKOO
Sekiranya anda pelanggan barangan Cuckoo disini kami kongsikan serba ringkas panduan untuk batalkan langganan Cuckoo anda.
- Pastikan anda mengetahui syarat asas Cuckoo sebelum batalkan langganan:
- Anda perlu menyemak dan memastikan tiada bayaran tertunggak untuk memastikan dapat menamatkan kontrak produk secara mudah dan cepat.
- Kebanyakkan produk coway mempunyai minimum kontrak selama tiga tahun.
- Cara untuk tamatkan langganan produk Coway:
- Hubungi Custemor Servis Cuckoo 180088818i
- Maklum kepada customer service yang anda nak tamatkan kontrak produk Cuckoo anda dan bersedia untuk pulangkan procuk Cuckoo tersebut
- Seterusnya tunggu pihak Cuckoo akan collect produk berkenaan dari tempat anda.
- Sekiranya anda batalkan kontrak sebelum tempoh minimum kontarak iaitu tiga tahun, anda dikenakan penalti. Berikut adalah cara pengiraan penalti:
- Bayaran Ansuran Bulanan X Tempoh baki Sewaan
- Contoh, sekiranya anda melanggan pakej rm72, dan anda telah melanggan 2 tahun (24bulan) , berikut adalah penalti yang akan dikenakan; Rm72 X (36bulan – 24bulan) = Rm864
- Sekiranya anda ingin mengelak daripada dikenakan termination fee, anda boleh transfer produk ownershipkepada ahli keluarga atau kawan anda yang lain yang berminat untuk menyambung bayaran. Untuk caranya anda boleh menghubungi agen Cuckoo anda
STR Fasa 3:Semakan Status Duit Dah Masuk,Jadual Bayaran 2024