Bagaimanakah Cara Bayar Bil Air Johor?
Dengan kemajuan teknologi, kini anda boleh melakukan pembayaran bil air di Johor secara online melalui aplikasi mySAJ yang diperkenalkan oleh Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Aplikasi ini tidak hanya memudahkan pengguna cara bayar bil air Johor, tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti semakan bil terkini dan pemberitahuan mengenai isu-isu berkaitan bekalan air.
Cara Bayar Bil Air Johor Guna Portal Ranhill SAJ
Jika anda ingin menggunakan portal Ranhill SAJ,anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
Cara Daftar di Portal Ranhill SAJ untuk E-Billing
Untuk mula menggunakan perkhidmatan e-billing Ranhill SAJ, ikuti langkah berikut:
- Layari portal Ranhill SAJ di ranhillsaj.com.my.
- Klik pada bahagian “E-Billing”.
- Pilih “New User? Register Now”.
- Isi maklumat yang diperlukan seperti Nombor Akaun, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Emel, dan Nombor Telefon.
- Pilih jenis akaun yang sesuai (Individu atau Syarikat) dan klik “Submit”.
- Anda akan menerima emel pengesahan dari SAJ. Klik pada pautan dalam emel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
Semakan Bil Air Johor Online di Portal Ranhill SAJ
Untuk semak dan bayar bil air secara online, ikuti langkah berikut:
- Layari ranhillsaj.com.my.
- Log masuk dengan menggunakan Username dan Password yang telah didaftarkan.
- Selepas log masuk, anda akan dibawa ke halaman Dashboard SAJ.
- Maklumat tunggakan atau bil akan dipaparkan di bahagian “Outstanding Balance”.
- Klik “Pay Now” untuk membuat pembayaran online.
- Pilih bank anda dan ikut arahan untuk pembayaran menggunakan perbankan atas talian (FPX).
- Masukkan User ID akaun bank anda dan klik “Login”.
- Sahkan Nombor Akaun dan Jumlah Bayaran sebelum membuat pembayaran.
- Paparan pengesahan pembayaran akan dipaparkan selepas transaksi selesai.
Cara Bayar Bil Air Johor Guna Aplikasi mySAJ
Jika anda ingin menggunakan aplikasi mySAJ,anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu
Cara Register Aplikasi mySAJ untuk Bayar Bil Air Johor
Untuk lebih kemudahan, anda boleh menggunakan aplikasi mySAJ. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran:
- Muat turun aplikasi mySAJ dari AppStore atau Google Play, atau layari portal Ranhill SAJ di ranhillsaj.com.my.
- Buka aplikasi dan tekan butang “Register”.
- Isi maklumat seperti Nombor Akaun Bil, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Emel, dan Nombor Telefon.
- Ikut arahan seterusnya untuk mengesahkan akaun melalui emel yang dihantar oleh SAJ.
- Selepas pengesahan, buat User Login dan Kata Laluan untuk masuk ke aplikasi.
- Anda kini boleh log masuk ke aplikasi mySAJ untuk menguruskan bil air anda.
Cara Bayar Bil Air Johor Guna Aplikasi mySAJ
Untuk membuat pembayaran bil air melalui aplikasi mySAJ, ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke aplikasi mySAJ.
- Pilih “Bill Information”.
- Lihat maklumat bil air anda dan tekan “Pay Bills” untuk membuat pembayaran.
- Masukkan jumlah pembayaran dan klik “Pay Bill”.
- Pilih bank anda dan ikut arahan untuk pembayaran menggunakan perbankan atas talian (FPX).
- Masukkan User ID akaun bank anda dan klik “Login”.
- Sahkan Nombor Akaun dan Jumlah Bayaran sebelum membuat pembayaran.
- Paparan pengesahan pembayaran akan dipaparkan selepas transaksi selesai.
Lupa ID/Kata Laluan/Pasword mySAJ
Jika anda lupa ID, Kata Laluan, atau Password untuk mySAJ, ikuti langkah berikut:
- Klik pada “Forgot Password”.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Akaun, kemudian klik “Submit”.
- Anda akan menerima emel dengan arahan seterusnya untuk menetapkan semula kata laluan anda.
- Ikuti arahan dalam emel untuk menyelesaikan proses reset.
Cara Bayar Bil Air Johor Guna JomPAY
Untuk memudahkan pembayaran bil air Ranhill SAJ secara online, anda boleh menggunakan perkhidmatan JomPAY yang disediakan oleh pelbagai bank di Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembayaran melalui JomPAY:
1. Login ke Akaun Internet Bank Anda (Contoh: CIMB Clicks)
- Buka laman web atau aplikasi untuk akaun internet bank anda seperti CIMB Clicks.
- Log masuk ke dalam akaun anda.
2. Pilih Tab ‘Payment’ dan ‘JomPAY’
- Selepas log masuk, cari dan klik pada tab ‘Payment’ (Pembayaran).
- Pilih pilihan ‘JomPAY’ dari senarai pilihan yang disediakan.
3. Masukkan Biller Code untuk Ranhill SAJ
- Masukkan Biller Code untuk Ranhill SAJ. Kod Biller untuk Ranhill SAJ adalah ‘3673’.
- Tekan ‘Enter’ atau ‘Submit’. Ini akan menunjukkan nama Biller sebagai ‘RANHILL SAJ’.
4. Isi Maklumat Pembayaran
- Untuk ‘Ref-1’, masukkan Nombor Akaun Ranhill SAJ anda yang terdapat di bil anda.
- Untuk ‘Ref-2’, anda boleh memasukkan Nombor Telefon anda atau boleh abaikan ruangan ini.
5. Masukkan Jumlah Pembayaran
- Taipkan jumlah yang anda ingin bayar untuk bil air anda.
- Tekan ‘Make Payment’ atau ‘Bayar Sekarang’ untuk meneruskan proses pembayaran.
6. Sahkan dan Confirm Pembayaran
- Semak sekali lagi Biller Code, Nombor Akaun, dan jumlah pembayaran untuk memastikan betul dan tepat.
- Tekan ‘Confirm’ atau ‘Sah’ untuk mengesahkan pembayaran anda.
7. Simpan Resit Pembayaran
- Selepas pembayaran berjaya, simpan resit pembayaran sebagai rujukan anda.
- Resit ini penting untuk tujuan rekod dan bukti pembayaran.
- k Islam
- BSN
- Maybank
- Pos Malaysia
- Agensi SAJ
Cara Bayar Bil Air Johor Guna Perbankan Internet
Gunakan perbankan internet untuk melakukan pembayaran dengan mudah:
- AGRONet
- Bank Islam Internet Banking
- myBSN
- Maybank2u
Cara Bayar Bil Air Johor Guna FPX (Financial Process Exchange)
Gunakan FPX untuk membuat pembayaran melalui bank-bank yang berkaitan dengan JomPAY:
- Bank yang berkaitan dengan JomPay
Cara Bayar Bil Air Johor Guna Kiosk
Anda juga boleh menggunakan kiosk berikut untuk bayar bil air:
- Mobility One
- Paylink
- MOL 7-Eleven
- ePay
Cara Pengiraan Bil Air Johor
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Februari 2024
Berikut adalah struktur kadar baharu untuk penggunaan air domestik seperti yang dinyatakan:
Kategori | Penggunaan (meter padu) | Kadar Baharu (RM/meter padu) | Kadar Minimum Baharu (RM) |
---|---|---|---|
Individu | 0 – 20 | 1.05 | 10.50 |
Individu | 20 – 35 | 2.35 | 10.50 |
Individu | > 35 | 3.15 | 10.50 |
Pukal | Semua | 2.55 | 25.50 |
SOALAN LAZIM CARA BAYAR BIL AIR JOHOR
Adakah ada bayaran dikenakan jika saya menggunakan aplikasi mySAJ?
Tidak. Tiada bayaran dikenakan dan perkhidmatan aplikasi mySAJ adalah percuma.
Adakah saya tidak boleh membuat pendaftaran mySAJ jika akaun bil air tidak atas nama sendiri?
Tidak. Anda tidak boleh mendaftar tanpa kebenaran pemilik sebenar akaun. Jika pemilik akaun memberikan kebenaran anda boleh mendaftar aplikas mySAJ dan dapatkan butiran yang diperlukan untuk register mySAJ.
Apa perlu saya lakukan jika terlupa password mySAJ?
Jika anda terlupa password, sila klik pada butang Forgot Password pada paparan aplikasi myySAJ. Masukkan nombor kad Pengenalan dan nombor akaun anda klik butang submit. Satu emel akan dihantar pada akaun anda dan sila buka emel tersebut. Klik pada butang login untuk mengakses ebilling anda.
SAJ Hotline
Hubungi talian mesra 1-800-88-7474 atau terus ke pautan: bit.ly/RanhillSAJAduan
SMS: AT < > RanhillSAJ < > COMPLAINT and send to 63001
Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) 2023 (Login erumah.johor.gov.my)
Bolekah bil air saj di bayar melalui debit kad
Kenapa website ni tak boleh masuk?????????? Cemana nak mudahkan orang bayar bil????????
very bad hotline service no body pick-up phone, and the mobile app also can not be login, what for to ask people to download mobile apps? always in try connecting status, end up tell you”Alert! connection to server has failed” why don’t upgrade the lousy server????
Sudah Lama pun belum siap update. Lagi 10tahun ke?