Mulai 11 Jun 2024, aplikasi CIMBClicks tidak akan lagi tersedia untuk dimuat turun dari AppStore, PlayStore, dan AppGallery. Pengguna disarankan untuk mengunduh aplikasi CIMB OCTO ACTIVATE untuk melanjutkan menggunakan perkhidmatan perbankan CIMB.Bagaimanakah cara bayar bil guna apps CIMB OCTO?
Pengguna yang sudah memasang CIMBClicks masih boleh terus menggunakannya seperti biasa. Namun, selepas 11 Jun 2024, aplikasi ini tidak dapat diunduh lagi dan pengguna perlu beralih kepada CIMB OCTO sebagai alternatif.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi CIMB OCTO ACTIVATE dengan selamat dan berkesan:
- Muat Turun Aplikasi: Pastikan anda memuat turun aplikasi CIMB OCTO dari sumber rasmi seperti Google Play Store, Apple App Store, atau HUAWEI AppGallery. Elakkan mengklik pada pautan yang mencurigakan.
- Aktifkan Identiti Biometrik: Aktifkan identiti biometrik anda dalam aplikasi untuk meningkatkan keselamatan dan kelajuan dalam pembayaran. Ini memastikan hanya anda yang dapat log masuk ke akaun anda.
- Aktifkan Kod 6 Digit: Jika peranti anda tidak menyokong sistem biometrik, pastikan untuk mengaktifkan kod 6 digit sebagai alternatif. Kod ini memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk log masuk ke akaun anda.
- Sahkan Transaksi dengan SecureTAC: Pastikan untuk mengaktifkan SecureTAC ketika membuat transaksi melalui aplikasi CIMB OCTO. SecureTAC adalah sistem pengesahan transaksi yang memastikan transaksi anda dilakukan dengan selamat.
Pada separuh tahun pertama 2023, kemudahan SecureTAC untuk transaksi atas talian melalui laman web akan dilancarkan dalam aplikasi CIMB OCTO.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat menggunakan aplikasi CIMB OCTO dengan lebih yakin dan aman. Pastikan sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan digital untuk melindungi akaun dan maklumat peribadi anda.
Cara Bayar Bil OCTO MY(Biller Code)
Berikut adalah cara bayar bil menggunakan JomPay CIMB OCTO MY
- Login CIMB OCTO
- Klik JomPay
- Tekan New JomPay
- Masukkan kod Jom PAY dibahagian To (Enter Biller Code TNB -5454).
- From: Pilih Accountyang mahu Anda gunakan untuk bayar.
- Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
- Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
- Klik Make Payment
- Request TAC, masukkan TAC yang diterima
- Selesai
Cara Semakan Biller Codes Jom Pay
- Layari pautan JomPAY: https://jompay.com.my/index.html.
- Tekan pada Personal dan tekan Find Biller Codes.
- Pada kotak carian, taipkan kata kunci Bil yang ingin anda cari (contoh TNB), tekan butang Search.
- Hasil carian akan terpapar berserta dengan biller code. (Contoh kod TNB adalah 5454)
- Anda boleh simpan code tersebuta untuk digunakan semasa pembayaran online.
Artikel Lain