Bagaimanakah Cara Bayar Bulanan Insolvensi?
Untuk memudahkan anda dalam proses pembayaran ansuran melalui portal e-Insolvensi, berikut adalah Cara Bayar Insolvensi yang perlu diikuti.Untuk memudahkan anda dalam proses pendaftaran dan log masuk ke portal e-Insolvensi, berikut adalah panduan yang perlu diikuti:
Pendaftaran Pengguna Baru
Jika anda baru pertama kali mendaftar untuk menggunakan portal e-Insolvensi, ikuti langkah-langkah ini:
- Layari laman web e-Insolvensi melalui URL yang disediakan.
- Cari dan klik pada butang “Daftar Baru” untuk memulakan proses pendaftaran.
- Isi semua maklumat yang diperlukan seperti yang dipaparkan dalam borang pendaftaran. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
- Selepas mengisi borang, klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan pendaftaran anda.
- Setelah pendaftaran berjaya, log masuk semula ke portal menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah anda daftarkan.
Cara Log Masuk
Untuk log masuk ke portal e-Insolvensi setiap kali anda perlu mengakses akaun anda, ikuti langkah-langkah ini:
- Layari laman web e-Insolvensi melalui URL yang sama seperti semasa pendaftaran.
- Masukkan ID Pengguna yang telah anda daftarkan semasa proses pendaftaran.
- Ketikkan Katalaluan yang telah anda tetapkan untuk akaun anda.
- Klik butang “Login” untuk mengakses akaun anda.
Cara Bayar Insolvensi Ansuran Bulanan
Pembayaran ansuran bulanan dilakukan menggunakan kaedah FPX yang disediakan di perbankan internet. Berikut langkah-langkahnya:
- Log masuk ke perbankan internet anda.
- Pilih kaedah pembayaran FPX.
- Lengkapkan proses bayaran di portal bank yang dipaparkan.
Semakan Selesai Bayaran Insolvensi
Setelah proses pembayaran selesai, anda boleh melakukan semakan untuk mengesahkan status pembayaran. Ikuti langkah berikut:
- Masuk ke portal e-Insolvensi.
- Akses menu Akaun dan Transaksi.
- Klik pada maklumat bayaran untuk melihat status pembayaran.
Cetak Resit Bayaran
Untuk rekod dan bukti pembayaran, anda disarankan untuk mencetak resit pembayaran. Berikut caranya:
- Pilih opsyen untuk mencetak resit di portal e-Insolvensi.
- Simpan resit sebagai rekod pembayaran yang telah selesai.
Artikel Lain
E-INSOLVENSI (CHECK KEBANKRAPAN INDIVIDU & SYARIKAT)