CARA BAYAR PTPTN ONLINE POTONG GAJI

BAGAIMANAKAH CARA BAYAR PTPTN?

Kepada yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  atau lebih dikenali dengan nama PTPTN, semestinya ingin mengetahui cara membuat pembayaran balik pinjaman.Bagaimana cara untuk bayar PTPTN secara online?  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda melakukan pembayaran PTPTN anda. Cara yang paling mudah adalah melalui pembayaran secara online. Terdapat beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat dan Public Bank.

CARA BAYAR PTPTN melalui CIMB CLICKS

Log masuk akaun CIMB anda: cimbclicks.com.my.

Pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN,

Pilih pada Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

isikan nombor kad pengenalan atau I/C dan juga nombor telefon anda.

Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan pada ruangan ‘Amount and When’.

Anda boleh klik √ pada ruangan ‘Save a favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala.

Klik ‘Make Payment’ dan ikuti proses pembayaran hingga selesai

CARA BAYAR PTPTN melalui Maybank2U

Log masuk Maybank2U anda: maybank2u.com.my.

Pilih ‘Pay’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, pilih ‘Savings Account-i’

Pada ruangan ‘Pay To’, pilih ‘Payee’.

Taipkan PTPTN, dan pilih Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.

Isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.

Klik ‘Pay’ dan ikuti proses pembayaran hingga selesai


CARA BAYAR PTPTN melalui RHB Now

Log masuk akaun RHB anda: logon.rhb.com.my.

Pilih ‘Bill pay’

Klik ‘Other Biller’. Pilih ‘Open Payment’

Klik ‘Billers’, pilih ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional’, kemudian klik ‘Next’

Pilih akaun yang ingin dibuat bayaran

Masukkan maklumat ‘Payee’ (Nama peminjam), NRIC No’, ‘Handphone No’, dan ‘Amount’ dan klik ‘Preview’

Masukkan OTP yang diterima

Seterusnya klik ‘Submit’, selesai

CARA BAYAR PTPTN melalui Public Bank Berhad

Log masuk PBEBank anda: www.pbebank.com

Seterusnya klik ‘Payment’ dan klik ‘Bill Payment’, seterusnya pilih ‘To Other Bill’

Pilih ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)’ dan klik ‘Next’

Pilih jenis akaun yang ada di ruangan ‘From Account’ serta masukkan ‘Amount’ (RM), Borrower NRIC Number’, dan ‘Offer Letter Number’. Kemudian klik ‘Accept’

Masukkan PAC yang diterima, kemudian klik ‘Confirm’. Selesai

 

CARA BAYAR PTPTN ONLINE melalui Bank Rakyat

Log masuk akaun i-rakyat anda: irakyat.com.my

Klik ‘Payment’ dan pilih ‘Bill’

Klik ‘From Account’, seterusnya pilih ‘Saving Account’

Kemudian klik ‘Payee Type’ dan klik ‘Non-Registered’.

Kemudian pilih ‘Education Loan’, dan pilih ‘PTPTN’

Masukkan nombor kad pengenalan/ nombor pinjaman di ruangan ‘To Bill Account Number’

Masukkan jumlah bayaran, Seterusnya klik ‘Submit’

Masukkan TAC yang diterima, selesai

CARA BAYAR PTPTN ONLINE MELALUI APLIKASI

Cara nak bayar PTPTN yang berikutnya adalah melalui aplikasi eWallet, seperti Touch’n Go dan Boost. Berikut adalah caranya:

Aplikasi Touch’n Go

Buka aplikasi Touch’n go anda

Pergi ke bahagian ‘Services’ dan pilih ‘Bills’.

Pilih jenis bayaran pinjaman anda. Isikan Nombor Pinjaman dan Jumlah Bayaran. Tekan ‘Next’

Masukkan 6 digit PIN yang anda terima, tunggu sehingga pembayaran selesai dilakukan.

Aplikasi Boost

Buka aplikasi Boost anda

Klik pada ikon ‘Bills & Payment’ pada bahagian ‘Do More’.

Seterusnya pilih ‘Add New Bill Account’.

Kemudian pilih jenis pembayaran yang ingin anda lakukan. Isikan maklumat yang diperlukan.

Masukkan 6 digit PIN yang anda terima, tunggu sehingga pembayaran selesai dilakukan.

CARA BAYAR PTPTN ONLINE  MELALUI PEMOTONGAN GAJI?

Kebiasaannya kaedah pembayaran ini adalah untuk semua penjawat awam di mana mereka yang menerima pinjaman PTPTN wajib membuat pembayaran balik melalui pemotongan gaji.

Bagi anda yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman melalui pemotongan gaji, pihak majikan anda perlu mengemukakan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran. Anda sebagai peminjam pula harus menyerahkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang lengkap kepada Pejabat PTPTN berhampiran.

Pihak PTPTN pula akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem dan akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada).

Peringkat seterusnya, majikan akan melakukan potongan gaji serta mengemukakan data dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya. Akhir sekali, pihak PTPTN akan mengemas kini penyata pinjaman.

Anda juga boleh membuat permohonan pembayaran melalui pemotongan gaji secara dalam online di https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.

ARTIKEL LAIN

PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA:CARA PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS

SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)

PTPTN ONLINE : SEMAKAN BAKI & BAYARAN BALIK

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *