CARA DAFTAR AFFINONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)
Adakah anda pelanggan kepada Affin Bank? Sekiranya ya, tahukan anda bahawa Affin Bank menawarkan kepada pelanggannya sistem perbankan Internet yang dipanggil AffinOnline. Dengan menggunakan Affin Online anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kreditTetapi bagi pengguna kali pertama yang ingin menggunakan AffinOnline, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara daftar AffinOnline kali pertama, semoga membantu
CARA DAFTAR AFFINONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan AffinOnline ini, seharusnya anda mempunyai akaun bank Affin yang aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara pendaftaran kali pertama AffinOnline
- Layari pautan AffinOnline https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
- Klik pada “First Time Login”
- 3. Pada ruangan Card Number masukkan Nombor Kad 16 Digit anda
- Pada ruangan Pin Number, masukkan PIN 6 Digit Kad ATM andat
- Pada ruangan ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Pilih Identity Card New
- Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Seterusnya klik ‘Mohon TAC’. Masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda.
- Masukkan Nama Pengguna, Kata Laluan, E-mel dan Kata Sekuriti anda. Kemudian, pilih Imej Sekuriti anda dan klik ‘Hantar’.
- Skrin ‘Soalan & Jawapan Cabaran’ akan terpapar. Untuk melengkapkan proses log masuk, tetapan Soalan & Jawapan Cabaran adalah wajib. Sila ambil perhatian bahawa Jawapan adalah peka huruf besar-kecil.
- Pendaftaran selesai. Anda boleh log masuk untuk mengakses Perbankan Internet anda.
CARA LOGIN AFFINONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)
Selepas selesai pendaftaran di atas, anda sekrang sudah boleh Log masuk akaun AffinOnline anda. Beerikut adalah cara login:
- Layari portal AffinOnline: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
- Masukkan USERNAME anda di ruangan yang disediakan dan tekan LOGIN
- Imej Sekuriti dan Kata Sekuriti anda akan terpapar. Jika padanan adalah benar seperti yang anda pilih, tick ruangan “Yes this is my Secure Word and Image”
- Masukkan PASSWORD anda Tekan butang LOGIN sekali lagi
- Anda telah berjaya Log Masuk dan anda akan dapat akses ke akaun AffinOnline anda.
NOTA: Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika gambar dan Secure Word yang diberikan tidak sepadan
SOALAN LAZIM
Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya terlupa Nama Pengguna AffinOnline?
- Pergi ke Skrin Log Masuk, dan kemudian klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’.
- Lengkapkan maklumat penting (Nombor Kad, PIN Kad, Jenis ID dan Nombor ID)
- Klik ‘Mohon TAC’. Masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda dan klik ‘Teruskan’.
- Nama Pengguna anda akan terpapar di Skrin Log masuk.
Bolehkan saya menukar Nama Pengguna dan Kata Laluan AffinOnline?
Anda boleh menukar Kata Laluan anda pada bila-bila masa dengan mengklik pada menu ‘Tetapan’ dan pilih ‘Tukar Kata Laluan’. Atas sebab keselamatan, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan anda secara berkala. Nama Pengguna anda tidak boleh ditukar.
Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan kata laluan / nama pengguna yang salah? Sekiranya akses AffinOnline saya disekat disebabkan oleh percubaan kata laluan / nama pengguna yang salah secara berlebihan, bagaimana saya boleh mengaktifkannya semula?
Jika anda memasukkan nama pengguna / kata laluan yang salah sebanyak 3 kali, AffinOnline anda akan disekat serta merta. Sila hubungi Pusat Panggilan kami di 03-8230 2222 untuk mengaktifkan semula akaun anda.
Saya menghadapi masalah untuk log masuk, apakah yang harus saya lakukan?
Pertamanya, anda boleh memeriksa tetapan dan sambungan internet komputer anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 03-8230 2222 untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimanakah caranya untuk melakukan fungsi Lupa Kata Laluan?
Terdapat 2 pilihan disediakan untuk melaksanakan fungsi Lupa Kata Laluan:
- Kad dengan PIN
- Pergi ke Skrin Log Masuk, dan kemudian klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’.
- Pilih pilihan ‘Kad dengan PIN’ dan klik pada ‘Teruskan’.
- Masukkan Nama Pengguna, Jenis Kad, Nombor Kad (Kad Debit/Kredit/Virtual) dan PIN Kad.
- Klik ‘Mohon TAC’. Masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda dan klik ‘Teruskan’.
- Masukkan Kata Laluan Baharu anda dan Pengesahan Kata Laluan Baharu.
- Klik pada ‘Log Masuk’.
- Soalan-soalan Cabaran
- Pergi ke Skrin Log Masuk, dan klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’.
- Pilih pilihan ‘Soalan-Soalan Cabaran’ dan klik pada ‘Teruskan’.
- Masukkan Nama Pengguna anda dan klik pada ‘Teruskan’.
- Masukkan jawapan bagi semua Soalan-Soalan Cabaran
- Masukkan jawapan bagi semua “Soalan-soalan Cabaran” dan klik pada Seterusnya.
- Klik ‘Mohon TAC’ dan masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda.
- Klik pada ‘Teruskan’.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan Baharu.
- Klik pada ‘Log Masuk’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: 03-8230 2222
- Emel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NO HP AFFIN BANK (Update Mobile Phone Number)
REGISTER AFFINSECURE:CARA DAFTAR DI APLIKASI AFFIN SECURE
LOGIN AFFIN ONLINE:CARA DAFTAR REGISTER ONLINE BANKING(affinonline.com)