CARA DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT(Active Di i-muamalat.com.my)
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini Bank Muamalat telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan i-MSecure. Disini kami ingin kongsikan cara untuk daftar i-MSecure Muamalat, semoga membantu
APA ITU i-MSECURE MUAMALAT
i-MSecure merupakan ciri–ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Muamalat bertujuan untuk pengesahan transaksi melalui telefon pintar yang lebih selamat dan mudah. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC
TARIKH KUATKUASA i-MSECURE MUAMALAT
Bank Muamalat memperkenalkan i-MSecure bagi mengantikan kod TAC berkuatkuasa mulai bulan Julai
MUAT TURUN APLIKASI i-MUAMALAT MOBILE
Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi i-Muamalat Mobile di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda membuat pendaftaran terlebih dahulu, berikut adalah merupakan caranya.:
- Layari i-Muamalat online portal dan log masuk ke akaun anda
- Pada paparan utama klik pada setting, dan klik pada menu Security dan pilih i-Msecure Token Registration
- Sistem kemudiannya akan memaparkan halaman Pendaftaran Token. Klik pada butang ‘Daftar’.
- Sistem akan mengarahkan anda ke halaman Pengesahan Pendaftaran Token dan nombor TAC akan dihantar ke nombor TAC mudah alih anda yang berdaftar. Masukkan TAC dan klik pada butang ‘Sahkan’.
- Sistem akan memaparkan halaman Pengakuan Pendaftaran Token. Klik ‘OK’. Sistem akan mengarahkan anda ke halaman Pendaftaran Token dengan kod QR.
- Kemudian klik kembali pada i-Msecure Token Registration paparan akan menunjukkan Status: Pre-Activated dengan Kod QR
CARA AKTIFKAN i-MSECURE MUAMALAT
Setelah selesai anda membuat pendaftaran, berikut adalah merupakan cara pengaktifan bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Buka aplikasi mudah alih i-Muamalat di telefon anda dan pastikan anda TIDAK LOG MASUK terlebih dahulu melalui kata laluan atau biometrik.
- Pada paparan utama tersebut klik pada ikon i-Msecure
- Imbas Token (kod QR) pada porta i-Muamalat online tadi
- Skrin aplikasi i-Muamalat akan memaparkan Add New Device Confirmation dengan butiran telefon pintar anda
- Masukkan Username dan Password anda, klik Next
- Anda akan menerima SMS TAC, masukkan no TAC tersebut pada ruangan tersedia dan klik Confirm
- Selesai, paparan i-Msecure Activated terpapar di skrin anda
NOTA: Hanya satu peranti sahaja yang boleh mendaftar i-Msecure dalam satu-satu masa
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai i-Msecure, anda boleh merujuk:
- Portal Rasmi Bank Muamalat
- Hubungi Talian Khdimat Pelanggan: 03-2600 5500
ARTIKEL LAIN
- LOGIN BANK MUAMALAT:CARA DAFTAR ONLINE BANKING(Register i-muamalat.com.my)
- CARA TUKAR NO HP BANK MUAMALAT (Update Mobile Phone Number)
Macam mana nak dapatkan statement bank i-muamalat ?
Mcm mn nak ambil penyata bank
Mohon penyata tahun 2021
Penyata 2021
Kenapa bank muamalat tidak membenarkn pelanggan download statement bank via online? Tolong jawap ASAP
tolong bagitahu bagaimana nak cari stement bank di bank muamalat ?
Mcm mn nak dapatkan penyata bank
Dh msuk 3hari call cstmer servis, xdpt2😑\
Dh msuk 3hari call cstmer servis, xdpt