CARA DAFTAR GRABFOOD RIDER MALAYSIA(Gaji Berapa)

CARA DAFTAR GRABFOOD RIDER MALAYSIA ONLINE:SEMAKAN SYARAT/GAJI/PAY(grab.com/my/)

Semestinya anda sudah biasa mendengar aplikasi GrabFood. Ianya satu aplikasi penghantaran makanan yang telah dibangunkan oleh Grab. Mudah dan menjimatkan masa, anda tidak perlu untuk keluar rumah untuk menikmati makanan yang sedap. Hanya perlu klik, dan makanan akan tersedia dihantar ke rumah anda oleh rider GrabFood.Kebelakangan ini, pengguna semakin ramai memilih untuk menggunakan aplikas GrabFood untuk memesan makanan mereka. Tanpa perlu keluar rumah, dimusim pandemic Covid-19 yang masih rancak, sememangnya memesan makan melalui aplikasi GrabFood menjadi pilihan.Jadi, inilah peluang bagi sesetengah daripada kita untuk menjana pendapatan dengan menjadi rider GrabFood. Adakah anda tahu bagaimana untuk cara daftar GrabFood rider online? Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rider GrabFood, artikel ini akan menerangkan kepada anda untuk register online GrabFood rider. Yakin dan usaha, anda pasti berjaya!

APAKAH GRAB FOOD ?

Sebelum menerangkan cara register GrabFood online, anda mesti memahami serba sedikit mengenai cara GrabFood berfungsi bagi memudahkan tugasan anda kelak. GrabFood adalah satu servis penghataran makanan diantara pelanggan dan pengusaha restoran atau gerai makanan. Jadi, apabila seseorang pelanggan memesan makan melalui aplikasi GrabFood, pesanan itu akan dihantar ke restoran dan akan meminta seorang rider untuk mengambil dan menghantar makanan tersebut dialamat yang dinyatakan. Itulah tugas rider GrabFood.

CARA DAFTAR  GRABFOOD RIDER ONLINE

Tanpa berlengah lagi, berikut adalah cara yang perlu anda lakukan untuk register GrabFood Online :

  1. Layari portal rasmi Grab iaitu di https://www.grab.com/my/
  2. Pada pilihan menu di atas sebelah kiri, klik pada butang Be Our partner. Seterusnya tekan pada pilihan Grab Delivery Partner.
  3. Pada paparan tersebut akan keluar butang Sign up. Masukkan maklumat diperlukan pada paparan.
  4. Apabila anda tekan butang signup, empat digit kod akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan tadi. Masukkan kod tersebut.
  5. Setelah anda memasukkan kod empat digit, secara automatik anda akan dibawa ke paparan Personal.
  6. Pada paparan personal sila lengkapkan maklumat berikut ;
  • Profile Rakan Penghantar
  • Kad Pengenalan
  • Lesen Memandu
  • Maklumat Akaun Bank
  • Maklumat Kecemasan
  • Laporan kesihatan (untuk yang berumur 50 tahun hingga 69 tahun sahaja)
  • Maklumat penrgendali makanan (jika perlu)
  • Pengistiharan
  • Consents
  1. Pada setiap dokumen diminta anda hendaklah menekan butang Save.
  2. Tips, anda hendaklah mengambil gambar terlebih dahulu untuk di upload. Ini akan memudahkan proses pendaftaran anda. Gambar yang diperlukan adalah seperti gambar anda (selfie), kad pengenalan, lesen memandu dan yang berkaitan. Pastikan gambar jelas dan terang.
  3. Selesai bahagian Personal, isikan pula bahagian Transport. Pada Bahagian ini maklumat yang diminta adalah seperti :
  • Maklumat kenderaan
  • Polisi Insurans
  • Lesen Kenderaan (Road Tax)
  • Geran
  1. Tips, pada bahagian ini gambar dokumen yang diperlukan adalah gambar polisi insurans, road tax kenderaan anda dan geran. Sila ambil gambar yang jelas dan terang.
  2. Selesai anda mengisi bahagian Transport, tekan pada butang Contact with Google dan login akaun Gmail anda.
  3. Apabila disahkan tekan SUBMIT APPLICATION. Paparan akan menunjukkan Applicattion Sent!
  4. Bagi setiap permohonan berjaya anda akan dihubungi oelh Grab melalui emel atau SMS. Sedikit tips, jika permohonan anda belum berjaya setelah membuat permohonan, gunakan emel dan nombor telefon yang baharu untuk permohonan baharu. Semoga berjaya!

SEMAKAN SYARAT GRABFOOD RIDER

Berikut pula adalah syarat yang perlu untuk menjadi seorang rider GrabFood :

  • Telefon pintar yang berfungsi (iOS atau Android) dengan pelan data
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Rakan penghantar Grab melebihi usia 50 tahun perlu melengkapkan saringan kesihatan. Borang boleh dimuat turun di sini
  • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan Biru
  • Akses kepada motosikal atau kereta (dengan Lesen Memandu Malaysia yang sah – Lesen L tidak diterima)
  • Nota Lindung Insurans kenderaan mesti mempunyai nama Rakan Penghantar atau Semua Penunggang.
  • Tambah nilai deposit yang dimasukkan ke dalam akaun Pemandu Grab anda : di sini

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah saya tahu  status register GrabFood online saya telah berjaya?

  • Wakil Grab akan hubungi anda untuk lengkapkan pendaftaran
  • Lengkapkan latihan dan ambil kit rakan penghantar anda di Pusat Pemandu Grab
  • Mula hantar pesanan dan jana pendapatan!

Bolehkah saya memohon sebagai rider GrabFood jika saya warga OKU?

Ya, anda boleh. Hanya ikuti langkah tambahan berikut:

  • Bawa Kad OKU anda
  • Jika anda seorang yang OKU Fizikal, sila isi borang ini dan dapatkan laporan ujian simulasi.

Berapakah jumlah jam bekerja seminggu sebagai rider GrabFood?

Anda boleh menentukan berapa lama atau berapa kali anda ingin bekerja. Hanya daftar masuk melalui aplikasi Grab Driver dan buat penghantaran pada bila-bila masa.

Macam mana jadi SHOPEEFOOD RIDER?

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi Grab di talian 03 – 2788 1300 atau melalui Grab Help Center emelkan ke [email protected]

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *