CARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE PORTAL JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(JPN)
Berita baik untuk semua ibu bapa atau waris terdekat yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tujuan daftar kelahiran, anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara atas talian. Guna juga JPN ESERVICES.Disini kami akan kongsikan cara daftar kelahiran online (secara atas talian) melalui Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my. Semoga membantu
CARA DAFTAR SISTEM DAFTAR KELAHIRAN
Sebelum nak daftarkan kelahiran anak, anda mesti terlebih dahulu mendaftar pengguna seperti di bawah:
- Layari Portal Sistem Daftar Kelahiran JPN : https://oslhr.jpn.gov.my/
- Klik pada butang DAFTAR PENGGUNA BARU untuk mendaftar kali pertama
- Isikan semua MAKLUMAT anda pada ruangan yang disediakan:
- nama penuh (seperti di kad pengenalan)
- Alamat emel yang sah(tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran)
- Klik HANTAR
- Anda akan menerima EMEL pengesahan untuk mengaktifkan akaun.
- Klik LINk yang diberi dalam emel tersebut
- Seterusnya anda masukkan KATA LALUAN anda inginkan dan sahkan seklai lagi kata laluan anda.
- Maukkan TEKS PENGESAHAN (Captcha) )yang tertera, Tekan Hantar
- Sekiranya berjaya sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
CARA LOGIN SISTEM DAFTAR KELAHIRAN
Setelah anda berjaya mendaftar seperti di atas, ikuti cara login Sistem daftar Kelahiran seperti di bawah:
- Layari Portal Sistem Daftar Kelahiran JPN : https://oslhr.jpn.gov.my/
- Klik pada butang LOG MASUK untuk login kali pertama
- Masukkan NO MYKAD/ EMEL anda
- Masukkan KATA LALUAN anda yang telah didaftarkan
- Paparan laman utama sistem terpapar, anda telah berjaya log masuk.
CARA PENDAFTARAN KELAHIRAN
Pastikan anda log masuk Sistem Daftar Kelahiran, berikut adalah cara untuk mendaftar kelahiran anak anda:
- Baca semua TERMA & SYARAT yang telah disenaraikan, klik pada SETUJU untuk meneruskan.
- Lengkapkan MAKLUMAT KELAHIRAN yang diminta, dan klik Seterusnya.
- Kemudian lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, dan kllik Seterusnya\
- Isikan MAKLUMAT LAIN yang diperlukan pada ruangan yang disediakan
- Setelah selesai semunya klik butang DAFTAR.
- Sekiranya permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN.
- Bawa borang permohonan yang telah dicetak ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.
SOALAN LAZIM
Adakah bayaran akan dikenakan untuk membuat pendaftaran kelahiran anak?
Sehingga kini, tiada bayaran dikenakan.
Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?
Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-
- Bapa kanak-kanak atau;
- Ibu kanak-kanak atau;
- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;
- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.
Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.
Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.
MALUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh:
- Layari laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara https://www.jpn.gov.my
- Telefon: 03-8000 8000
- Emel (@jpn.gov.my)
Anda juga boleh buat SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC
Tlg cek kn..