CARA DAFTAR KFH ONLINE:REGISTER LOGIN KUWAIT FINANCE HOUSE(kfhonline.com.my)
Sekiranya anda pelanggan kepada Kuwait Finance House (KFH),anda boleh membuat transaksi secara online dengan cara daftar KFH online banking di kfhonline.com.my
Setelah mendaftar online baking, anda boleh lgin untuk membuat sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
Bagaimanakah cara daftar KFH Online (Kuwait Finance House)?Bagaimanakah cara login Kuwait Finance House?
Disini kami ingin kongsikan cara untuk register & login Kuwait Finance House (KFH). Semoga membantu
Pernah guna SECURE2U MAYBANK?
PENGENALAN KUWAIT FINANCE HOUSE (KFH)
Kuwait Finance House (KFH) telah ditubuhkan di State of Kuwait, pada tahun 1977, sebagai bank pertama beroperasi berasaskan Syariah Islam. KFH disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuwait (KSE), dengan satu permodalan pasaran sebanyak KWD 2.667 bilion sehingga pada 31 Disember 2008. Aset-aset berjumlah KWD 11.291 bilion and deposit-deposit sebanyak KWD 7.262 bilion.
KFH menyediakan produk-produk dan perkhidmatan berasaskan Syariah Islam, meliputi perbankan, hartanah, kewangan perdagangan, portfolio pelaburan, dan produk-produk serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Semenjak 1980-an, KFH telah menyaksikan elbagai aktiviti-aktiviti di dalam pengembangan antarabangsa. Ia telah menubuhkan bank-bank bebas di Turki, Bahrain, dan Malaysia. Tambahan lagi, ia mempunyai saham-saham di dalam bank-bank Islam yang lain. Aktiviti-aktiviti lain di AS, Eropah, Asia Tenggara dan Timur Tengah telah menymbang kepada kenaikan keuntungan bagi KFH.
CARA DAFTAR KFH ONLINE (KUWAIT FINANCE HOUSE)
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar akaun bank terlebid dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar KFH online Kuwait Finance House:
- Layari laman web: https://www.kfh.com.my/malaysia/personal.html
- Klik pada CUSTOMER LOGIN > KFH Online
- Klik pada REGISTER NOW
- Baca TERMS AND CONDITIONS dan tekan Accept
- Masukkan Akaun nombor, 16 Digit Nombor dan ATM pin Anda
- Masukkan Catcha yang tertera, kemduian tekan Next
- Masukkan USERNAME yang anda inginkan, tekan Next
- Masukkan PASSWORD yang anda ingin gunakan, sahkan password sekali lagi, Tekan Next
- Masukkan SOALAN KESELAMATAN yang anda inginkan beserta jawapan, kemudian tekan Next
- Masukkan NOMBOR TELEFON anda kemudia tekan Register.
- Pendaftaran anda telah berjaya.
CARA LOGIN KUWAIT FINANCE HOUSE (KFH)
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Kuwait Finance House:
- Layari laman web: https://www.kfh.com.my/malaysia/personal.html
- Masukkan USERNAME tekan Next
- Sahkan SECURITY PHRASE anda, tick pada ruangan disediakan
- Masukkan PASSWORD
- Tekan butang Next
- Login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun anda.
SOALAN LAZIM
Apa itu security phrase KFH Online?
Pengenalan Security Phrase sebagai lapisan pengesahan tambahan membolehkan pelanggan mengesahkan bahawa mereka mengakses laman web KFH Online yang asli. Ini sangat penting dalam melindungi data peribadi dan sensitif pelanggan semasa log masuk ke perkhidmatan perbankan Bank dalam talian. Perhatikan bahawa Security Phrase bukanlah kata laluan KFH Online pelanggan.
Saya adalah pelanggan baharu. bagaimana saya mendaftar security phrase KFH Online saya?
Pelanggan baru akan diminta untuk mendaftarkan Security Phrase mereka semasa proses pendaftaran KFH Online. Pastikan Security Phrase berbeza dari kata laluan KFH Online (maksimum 10 aksara alfanumerik dibenarkan).
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya lupa jawapan Soalan Keselamatan KFH Online saya?
Anda boleh menetapkan semula Soalan Keselamatan anda dengan mengklik pautan hiper “Lupa Jawapan Keselamatan saya” yang terdapat di skrin log masuk KFH Online kami.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: +603 2168 0000
- Website: www.kfh.com.my