CARA DAFTAR LAZADA SELLER MALAYSIA:REGISTER LOGIN(lazada.com.my)
Jika anda seorang usahawan atau peniaga yang mempunyai kedai, tentu sale agak merosot pada musim pandemik. Bahkan, jika anda menjual dari rumah pun mesti terkesan hasil jualan yang kian merosot kini.Tanpa membuang masa, sebagai seorang peniaga harus sentiasa mencari alternatif untuk memasarkan produk mereka. Kini, terdapat banyak platform jualan online dan salah satu daripadanya adalah LAZADA. Tahukan anda cara daftar seller Lazada Malaysia? Jika belum, jom kita teliti langkahnya satu persatu!
MENGAPA LAZADA?
Tahukah anda? kos buka kedai di Lazada hanyalah percuma sahaja. Anda Cuma perlu uruskan kedai anda di Lazada. Menurut Lazada, seller juga tidak akan mengalami masalah server down atau masalah hack. Jadi ini memang akan membantu anda dari segi jualan.
Bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan, mereka juga tidak perlu risau tentang pasaran. Platform Lazada memang antara kegemaran rakyat Malaysia dengan operasi 24/7 setiap hari. Usaha tangga kejayaan!
CARA DAFTAR LAZADA SELLER MALAYSIA
Berikut adalah cara daftar Lazada seller Malaysia :
- Layari portal https://www.lazada.com.my
- Pada paparan halaman utama, pilih SELL ON LAZADA pada menu pilihan diatas. Klik butang tersebut.
- Pada halaman berikutnya klik sahaja pada mana-mana bahagian. Secara automatik anda akan dibawa ke paparan Start uour business on Lazada.
- Masukkan butiran seperti yang diminta pada halaman tersebut seperti Account type. Jika anda adalah penjual kecilan atau individu pilih pada individu. Jika Corporate, sila klik pada Corporate dan sediakan butiran seperti no SSM.
- Masukkan emel anda dan masukkan kata laluan. Sahkan kata laluan anda sekali lagi. Apabila selesai klik butang Next.
- Kemudian masukkan nombor telefon anda dan tekan Slide to Verify. Masukkan 6 digit kod yang telah diSMS oleh Lazada. Tekan butang Next.
- Pada paparan berikutnya masukkan nama kedai anda. Klik pada butang Start my business.
- Pada paparan profile anda lengkapkan pula bahagian Business information. Lengkapkan butiran seperti yand diminta dan muat naik dokumen yang diminta iaitu :
- Lampiran Kad Pengenalan (individual)
- Lampiran SSM (Corpotate)
- Kemudian, lengkapkan pula pada bahagian Bank Account. Berikan butiran yang diminta dan muat turun akaun bank anda yang menunjukkan no.akaun, dan nama pemilik.
- Setelah selesai tekan Submit dan pendaftaran anda selesai!
SOALAN LAZIM
Bolehkah saya register seller Lazada secara manual di HQ Lazada?
Tidak, pendaftaran dibuat secara online sahaja. Setelah anda register Lazada seller, anda akan menerima panggilan daripada Lazada pada keesokkan hari bekerja.
Berapa lama proses pengesahan Lazada seller?
Proses pengesahan hanya mengambil masa 3 hari maksima.
Bila dan bagaimanakah saya mendapat bayaran Lazada seller?
Bayaran seller akan dimasukkan secara mingguan.
Macam mana nak jadi Shopee Seller?
Rujuk CARA DAFTAR SHOPEE SELLER MALAYSIA(Cara Jual Barang shopee.com.my)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian hotline Lazada di 03-2728 6600 isnin hingga ahad (9 pagi – 6 petang) atau Lazada Live Chat (9pagi – 9malam) hari bekerja.