CARA DAFTAR LOGON RHB NOW(Pendaftaran Kali Pertama)
Adakah anda pelanggan kepada RHB Bank? Sekiranya ya, tahukan anda bahawa RHB Bank kepada pelanggannya sistem perbankan Internet yang dipanggil AgroNet. Dengan menggunakan RHB Now anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.Tetapi bagi pengguna kali pertama yang ingin menggunakan RHB Now, anda seharusnya daftar logon RHB Now terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara pendaftaran kali pertama, semoga membantu
CARA DAFTAR LOGON RHB NOW(Pendaftaran Kali Pertama)
Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan RHB Now, seharusnya anda mempunyai akaun RHB Bank yang aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara pendaftaran kali pertama RHB Now:
Langkah 1
- Pergi ke mana mesin ATM RHB Bank yang berdekatan dengan anda.
- Kad dan nombor pin anda dimasukkan pada mesin ATM.
- Pilih menu Internet Banking.
- Masukkan PIN RHB Internet Banking sebagai proses pengesahan.
- Anda akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk proses daftar dan cara aktifkan akaun rhb anda di laman web
- Proses pendaftaran di mesin ATM selesai
Langkah 2
- Sila buka laman rasmi https://logon.rhb.com.my/
- Klik pada I am a First Time User > I Want to Register.
- Pilih ATM/Debit Card pada bahagian Select your card type. Abaikan pada satu lagi ruangan di bawah kerana ia hanya untuk staff RHB Bank sahaja.Kemudian tekan NEXT.
- Pada ruangan ATM/Debit Card No., masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM/Debit anda.
- Kemudian, pada ruangan ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor pin akaun bank anda dan tekan butang NEXT.
- Pada ruangan USERNAME, cipta username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan PASSWORD, masukkan password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan CONFIRM PASSWORD, masukkan semula kata laluan yang anda ingin gunakan.
- Untuk SECRET WORD, cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
- Baca terma dan syarat yang telah tersedia dan tick pada kotak tersebut.
- Pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts, tick sama ada anda mahu ataupun tidak sebarang promotion alert daripada pihak RHB kepada anda. Kemudian, tekan butang NEXT.
- Pendaftaran anda berjaya.
CARA LOGIN LOGON RHB NOW(Login Kali Pertama)
Selepas selesai pendaftaran di atas, anda sekrang sudah boleh Log masuk akaun RHB Nowanda. Berikut adalah cara login:
- Sila buka laman rasmi https://logon.rhb.com.my/
- Kik pada ruangan untuk LOGIN.
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Next
- Sahkan SECURE WORD anda, dan tekan Yes
- Masukkan PASSWORD anda tekan Login
- Anda telah berjaya akses ke akaun RHB Now anda
NOTA: Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika Secure Word yang diberikan tidak sepadan
MASALAH PENDAFTARAN/LOGIN RHB NOW KALI PERTAMA
Bagaimana jika terlupa username RHB Now?
Boleh klik pada pautan ini untuk dapatkan semula username anda, logon.rhb.com.my
Bagaimana jika ada masalah tak boleh login RHB Now?
Boleh kongsikan masalah anda dengan hubungi Customer Care Centre di nombor 03-9206 8118
Bagaimana sekiranya akaun RHB Now saya kena sekat?
Anda dengan hubungi Customer Care Centre di nombor 03-9206 8118
MAKLUMAT LANJUT
Jika Anda mendapatkan masalah pada masa pendaftaran, sila menghubungi costumer service bank RHB. Melalui email dan nombor telefon rasmi:
- Email : [email protected]
- Nombor telefon : 03-9206 8118
- Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat untuk menyelesaikan masalah Anda
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NO HP RHB BANK(Update Mobile Phone Number)
LOGIN RHB NOW ONLINE BANKING (CARA REGISTER logon.rhb.com.my)
Cara menukar password online banking tetapi no handphone Sudah tidak aktif