MySALAM 2024(Cara Buat Tuntutan Hospitalisasi Dan Penyakit Kritikal)
Pada tahun ini, Skim MySalam akan diperluas kepada penerima STR dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak. Ramai yang telah menerima SMS tentang kelayakan Skim Perlindungan Masyarakat MySalam. Adakah anda faham apa sebenarnya manfaat dan faedah yang diperolehi jika layak Skim MySalam?Bagaimanakah nak check MySalam? Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU MySALAM
Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
MANFAAT SKIM MySALAM
Berikut adalah merupakan manfaat skim ini iaitu:
- Membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal
- Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian).
SYARAT KELAYAKAN MySALAM
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan MySalam iaitu Penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut:
Program LHDN | Kelayakan mySalam | Kriteria Umur |
---|
BR1M 2018 | 2019 | - Individu berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangan;
|
---|
BSH 2019 | 2020 | - Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
|
---|
BSH 2020 | 2021 |
---|
BPR 2021 BKM 2022 | 2022 & 2023 | - Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.
|
---|
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MySALAM
Berikut adalah merupakan cara semakan kelayakan anda iaitu:
- Secara online:
- Layari portal MySalam
- Sila masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda sengkang.
- Klik SEMAK
- Menghantar e-mel ke [email protected]
- Hubungi talian mySalam: 1 300 888 938
TARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN My SALAM
Perlindungan
mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan
mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.
JENIS TUNTUTAN My SALAM
Berikut adalah merupakan jenis tuntutan melalui inisiatif ini iaitu:
- Tuntutan Penyakit Kritikal
- Tuntutan Hospitalisasi
KADAR BAYARAN My SALAM
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut situasi iaitu:
- Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut).
TARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM
Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023)
CARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL My SALAM
Kepada anda yang ingin membuat tuntutan penyakit kritikal, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Log masuk kembali ke Mysalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
CARA TUNTUTAN HOSPITALISASI My SALAM
Kepada anda yang ingin membuat tuntutan hospitalisasi, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
SENARAI KIOSK MySALAM
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan Perunding mySalam, anda boleh berjumpa dengan Perunding mySalam di lokasi kiosk-kiosk berikut, di seluruh Malaysia
Nama Hospital | No. Tel | Ketersediaan Kiosk |
Hospital Alor Gajah | | YA |
Hospital Ampang | 03-42896000 | YA |
Hospital Balik Pulau | 04-8669333 | YA |
Hospital Baling | 04-4701333 | YA |
Hospital Banting | 03-31871333 | YA |
Hospital Batu Gajah | 05-3663333 | YA |
Hospital Bau | 082-763711 | YA |
Hospital Beaufort | 087-212333 | YA |
Hospital Beluran | 089-511233/333 | YA |
Hospital Bentong | 09-2223333 | YA |
Hospital Besut | 09-6971130/200 | YA |
Hospital Betong | 083-472821 | YA |
Hospital Bintulu | 086-255899 | YA |
Hospital Bukit Mertajam | 04-5497333 | YA |
Hospital Changkat Melintang | 05-3761333 | YA |
Hospital Daro | 084-823620 | YA |
Hospital Duchess Of Kent | 089-248 600 | YA |
Hospital Dungun | 09-8483333 | YA |
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang | 07-7787000 | YA |
Hospital Gerik | 05-7911333 | YA |
Hospital Gua Musang | 09-9121133 | YA |
Hospital Hulu Terengganu | 09-6813333/120 | YA |
Hospital Jasin | 06-5294262 | YA |
Hospital Jelebu | 06-6136355 | YA |
Hospital Jeli | 09-9440092 | YA |
Hospital Jempol | 06-4592000 | YA |
Hospital Jengka | 09-4662333 | YA |
Hospital Jerantut | 09-2663333 | YA |
Hospital Jitra | 04-9174333 | YA |
Hospital Kajang | 03-89133333 | YA |
Hospital Kanowit | 084-752333 | YA |
Hospital Kapit | 084-796333 | YA |
Hospital Kemaman | 09-8513333 | YA |
Hospital Keningau | 087-313000 | YA |
Hospital Kepala Batas | 04-5793333 | YA |
Hospital Kinabatangan | 089-561858 | YA |
Hospital Kota Belud | 088-976333 | YA |
Hospital Kota Marudu | 088-661984 | YA |
Hospital Kota Tinggi | 07-8831131/32 | YA |
Hospital Kuala Kangsar | 05-7763333 | YA |
Hospital Kuala Krai | 09-9611300 | YA |
Hospital Kuala Kubu Bharu | 03-60641333 | YA |
Hospital Kuala Lipis | 09-3123333 | YA |
Hospital Kuala Lumpur | 03-26155555 | YA |
Hospital Kuala Nerang | 04-7867333 | YA |
Hospital Kuala Penyu | 087-853100 | YA |
Hospital Kudat | 088-613333 | YA |
Hospital Kulim | 04-4272733 | YA |
Hospital Lahad Datu | 089-895111 | YA |
Hospital Langkawi | 04-9665333 | YA |
Hospital Lawas | 085-283781 | YA |
Hospital Limbang | 085-211200 | YA |
Hospital Lundu | 082-735311 | YA |
Hospital Machang | 09-9741300/301 | YA |
Hospital Marudi | 085-755511 | YA |
Hospital Melaka | 06-2892344 | YA |
Hospital Mersing | 07-7993333 | YA |
Hospital Miri | 085-420033 | YA |
Hospital Muadzam Shah | 09-4523333 | YA |
Hospital Mukah | 084-871333 | YA |
Hospital Orang Asli | | YA |
Hospital Pakar Sultanah Fatimah | 06-9521901 | YA |
Hospital Papar | 088-913333 | YA |
Hospital Parit Buntar | 05-7163333 | YA |
Hospital Pasir Mas | 09-7932300 | YA |
Hospital Pekan | 09-4223333 | YA |
Hospital Pitas | 088-676100 | YA |
Hospital Pontian | 07-6873333 | YA |
Hospital Port Dickson | 06-6487333 | YA |
Hospital Pulau Pinang | 04-2225333 | YA |
Hospital Putrajaya | 03-83124200 | YA |
Hospital Queen Elizabeth | 088-517555 | YA |
Hospital Queen Elizabeth II | 088-245249 | YA |
Hospital Raja Perempuan Zainab II | 09-7452000 | YA |
Hospital Raja Permaisuri Bainun | 05-2533333 | YA |
Hospital Ranau | 088-875266 | YA |
Hospital Raub | 09-3553333 | YA |
Hospital Rompin | 09-4141305 | YA |
Hospital Saratok | 083-436311 | YA |
Hospital Sarikei | 084-653333 | YA |
Hospital Seberang Jaya | 04-3827333 | YA |
Hospital Segamat | 07-9433333 | YA |
Hospital Selama | 05-8394233 | YA |
Hospital Selayang | 03-61203233 | YA |
Hospital Semporna | 089-781522 | YA |
Hospital Serdang | 03-89475555 | YA |
Hospital Seri Manjung | 05-6881333 | YA |
Hospital Serian | 082-874311 | YA |
Hospital Setiu | 09-6090333 | YA |
Hospital Shah Alam | 03-55263000 | YA |
Hospital Sibu | 084-343333 | YA |
Hospital Sik | 04-4695333 | YA |
Hospital Simunjan | 082-803984 | YA |
Hospital Sipitang | 087-822296 | YA |
Hospital Slim River | 05-4508000 | YA |
Hospital Sri Aman | 083-322151 | YA |
Hospital Sultan Abdul Halim | 04-4457333 | YA |
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah | 09-2955333 | YA |
Hospital Sultan Ismail | 07-3565000 | YA |
Hospital Sultanah Aminah | 07-2231666 | YA |
Hospital Sultanah Bahiyah | 04-7406233 | YA |
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom | 05-4913333 | YA |
Hospital Sultanah Nora Ismail | 07-4363000 | YA |
Hospital Sultanah Nur Zahirah | 09-6212121 | YA |
Hospital Sungai Bakap | 04-5824333 | YA |
Hospital Sungai Buloh | 03-61454333 | YA |
Hospital Sungai Siput | 05-5983333 | YA |
Hospital Taiping | 05-8204000 | YA |
Hospital Tampin | 06-4411511 | YA |
Hospital Tanah Merah | 09-9545000 | YA |
Hospital Tangkak | 06-9782792 | YA |
Hospital Tanjung Karang | 03-32698333 | YA |
Hospital Tapah | 05-4011333 | YA |
Hospital Tawau | 089-773533 | YA |
Hospital Teluk Intan | 05-6213333 | YA |
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim | 07-6623333 | YA |
Hospital Tengku Ampuan Afzan | 09-5133333 | YA |
Hospital Tengku Ampuan Jemaah | 03-32163333 | YA |
Hospital Tengku Ampuan Rahimah | 03- 33723333 | YA |
Hospital Tengku Anis | 09-7843333 | YA |
Hospital Tenom | 087-735577 | YA |
Hospital Tuanku Ampuan Najihah | 06-4818001 | YA |
Hospital Tuanku Fauziah | 04-9738000 | YA |
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban | 06-7623333 | YA |
Hospital Tuaran | 088-788317 | YA |
Hospital Tumpat | 09-7263000 | YA |
Hospital Umum Kuching | 082-276666 | YA |
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah | 088-522600 | YA |
Hospital Yan | 04-4655333 | YA |
Institut Kanser Negara | 03-88925555 | YA |
Institut Perubatan Respiratori | 03-40232966 | YA |
Pusat Jantung Sarawak | 082-668111 | YA |
Pusat Perubatan Universiti Malaya | 60379494422 | YA |
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia | 60391455555 | YA |
Hospital Universiti Sains Malaysia | 6097673000 | YA |
Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | 95912500 | YA |
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia | 03-97695001 | YA |
Hospital Tunku Azizah | 03-26003000 | YA |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh merujuk pada
Soalan Lazim tentang Skim my SalamARTIKEL LAIN
Saya kuarantrin 2 kali. Tapi sekarang I cuba my salam tak layak..
Saya sudah kuarantin7 hari tapi tidak layak dpt
Sy pernah isi online mysalam dengan no telefon dahulu,tetapi saya lupa lata kunci.saya mahu kemas kini no telefon baharu tetapi tidak tahu bagaimana?
Saya hanya menerima sms MySalam Status .Cuma bantuan Rm 700 tiada pernah menerima
Saya baru daftar bkc baru2 ni..sebab ic saya baru bikin hujung tahun 2021.
Dimana nak minta nota dicas tu?
Saya kuarantin kat rumah je. Tak masuk hospital pun. Macam mana nak kira tu?
Saya telah dikuarentin di rumah pada tahun lepas, sudah juga menyemak kelayakan, dan berstatus LAYAK, bagaimana cara hendak mohon?
TO WHOM IT MAY CONCERN: Please kindly guide me how to go about my claim from MYSALAM for the expenses incurred for my heart CORONARY ANIGLORAM TREATMEMT ON THE 9TH JULY 2022 BY GLENEAGLES JPMC A PARRWAYHEALTH CARDIAC CENTRE JERUDONG PARK BRUNEI. My Phone No: 673 8834761 Watsap NO: PLEASE UP DATE ME Thank You GOD BLESS YOU.